Friday 26 August 2011

tazkirah Jumaat..top-up puase



salam

hari ini aku undung khas ustazah
muda dari saudi arabia yang fasih cakap  melayu
sebelum balik cuti raya
ustazah ni nak bagi tazkirah sikit untuk korang-korang semua
dan untuk aku sekali
tanpa membuang masa 

dipersilakan


ustazah sally wanny
hai..saya la ustazah sally wanny
saye suke pakai furdah tau


assalamualaikum..hari ni ustazah nak cakap pasal top up puase
maksud ustazah ialah top up puase ni ialah puase sunat
 enam hari di bulan syawal
puase enam ni korang boleh buat sepanjang bulan syawal
samaada berturut-turut ataupun terpisah.
tapi 1 syawal tak boleh puase ok!


Nabi SAW bersabda yang bermaksud: 
“Barang siapa berpuasa Ramadan (penuh) lalu diikuti dengan berpuasa enam
hari pada Syawal maka dia seperti berpuasa seumur hidup.”

Nabi SAW yang bermaksud: 
“Berpuasa sebulan (pada Ramadan itu disamakan) dengan sepuluh 
bulan berpuasa dan berpuasa enam hari selepasnya (di bulan
Syawal disamakan) dengan dua bulan berpuasa, maka yang
sedemikian itu (jika dicampurkan menjadi) genap setahun.”


Puasa sunat Syawal ini adalah untuk menampung kekurangan yang 
ada ketika puasa Ramadan kita. Misalnya, kebanyakan daripada kita hanya 
berpuasa secara menahan lapar dan dahaga saja. Sedangkan, perkara lain 
harus diberi perhatian seperti puasa telinga, lidah dan sebagainya.
Maka puasa sunat Syawal adalah untuk menampung 
kekurangan yang terdapat dalam puasa fardu.
 

ok

itu saja tazkirah ustazah pada hari ni
maaf la ustazah nak cepat ni sebab nak balik
arab saudi lak...kat sana raya awal 1 hari
yahooooo..suke..suke
assalamualaikum
semoga berjumpa lagi


selamat beramal tau





ok
maceh ustazah
sebelum tu terima la sedikit cenderahati 
tak seberapa ni


taraaa...




selamat jalan ustazah
babai..papai








2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Angel and Memorial tickers