Saturday 20 September 2014

Putaran Hidup

Salam

Hebatnya cabaran dunia. ada kalanya kita gembira, ada kalanya kita sedih. ada kalanya kita tenang, ada kalanya kita bermasalah. hakikatnya itu la dunia. benda ni akan sentiasa ada selagi kita bergelar manusia yang waras!

semalam saya sedih..ada masalah dengan encik tunang dan kereta pulak buat hal. tibe-tibe je rosak. saya menangis. tapi hari ni saya gembira. dari pagi sampai petang, ada je hal yang mengembirakan hati.

itu la namanya SEBUAH KEHIDUPAN!




Ada kalanya, kita perlu korbankan perasaan sendiri demi kehendak orang lain, Ada kalanya orang tak hargai pun pengorbanan kita.

Ada kalanya kita menyimpan rasa terkilan demi memuaskan hati orang lain. Ada kalanya orang nampak kesalahan kita, tapi tak nampak puncanya dari dia.

Ada kalanya kita akan merasa letih atas semua ni.
Namun, akan ada suatu ketika, kebenaran akan terbuka hanya jika Sabar adalah pilihan kita.


ok..bye




Sunday 17 August 2014

Review : Majlis Pertunangan

salam

31/5/2014 menjadi tarikh yang amat bermakna dalam hidup saya. menjadi tunangan orang pada usia 25tahun. tanpa di sangka sebenarnya. 2tahun berkenalan...akhirnya impian kami bakal terlaksana.hujung bulan mac tarih ditetapkan, jadi saya ada masa lebih kurang 2bln untuk buat persiapan. tapi yang kelam kabutnya 3minggu sebelum majlis baru saya tergesa-gesa. heeee....review ni pun sy buat tuk rujukan mane-mana bakal tunangan orang.baik kan saya.



Mini Pelamin
benda yang pertama sekali terlintas kat pikiran. mula-mula nak tempah kat bridal, tapi mak aii mahal giler. kalau tak da rm500-rm700 jangan bermimpi la. keluarga semua cakap tak berbaloi. lastly saya sewa kain & bunga. yang lain-lain DIY ler.

Bantal Pelamin
bantal warna hijau tu saya beli. harga lebih kurang rm12.00 satu. alas tempat duduk tu totaly diy. sy ambil bantal lama yg sedia ada. beli kain 3meter, jahit. lepas tu jahit kain lace kat tepi. done! senang sangat.


Baju, tudung, veil
baju tunang saya beli. RM180.00. dekat butik al-mawaddah. warna hijau tu en tunang yang nak, sebab katanya dia dah ada bju melayu warna hijau. Dugaan sebenarnya tang cari baju ni, sebab saya dah tempah tudung + veil tak sama colour dengan baju. ada saya cite kat entri ini. last minit tukar tudung +veil warna cream.

tudung + veil saya beli online. ready stok punya. RM180


Make-up
sendiri makeup. simple je.

Goodies beg
ini idea akak saya. kononnya nak goodies beg bagai. untuk part ni saya bajet RM100 je. heee.. murah kan. tapi akak saya ada tambah duit dia jugak. TQ. paper beg saya beli dalam 60pcs sebab pihak en tunang nak datang lebih kurang 40 orang. untuk kawan-kawan lagi, nasib baik cukup.


Barang hantaran
Bab ni banyak jugak guna duit. lebih kurang rm700. saya sediakan 7hantaran iaitu Cincin, Baju Melayu, Kek, Tuala, Sejadah, Coklat, Buah-buahan. Dulang hantaran saya pinjam dengan keluarga abang ipar. nasib baik diorang ada. kalau tak maunya kene sewa. kalau sewa lebih kurang RM18-RM25 per pcs. pengsan!

Khemah
mula mula...memang nak sewa. harga sewa RM180 sehari untuk canopy yang biasa. lastly abg ipar  & sepupu kasi pinjam khemah dia. (khemah kecik yang dia guna tuk niaga kat pasar)



Jamuan Makan
bab ni saya serahkan 100% kat mak ayah saya. saya just bagi belanja rm1000 kat diorang. dengar-dengar tak cukup...heee. nasib baik akak saya bantu. tq yang.

Official Photographer & Outdoor
mulannya saya hanya mampu guna kamera hp. huhu...sedih kan. namun, nasib baik pihak en tunang sedia OP tak berbayar. untung kan. tq sayang. outdoor pulak...idea kawan saya. lepas majlis selesai kami terus pegi ber"outdoor".

Tetamu VVIP
ceh! tetamu vvip siap. pada hari tersebut tetamu VVIP saya adalah 2 orang bff saya, sanggup balik dr KL-kelate semata-mata tuk majlis saya. malam lepas majlis terus naik bas balik KL. sangat-sangat terharu. luv u sahabat

total semua lebih kurang 2k. walaupun ada part yang saya rasa membazir. namun alhamdulillah semua berjalan lancar. tu yang penting sekali kan.

sat nak tepek gambar.










ok...bai..



Monday 19 May 2014

Bila rasa nak berhenti kerja..

salam

bila masalah mula mendatang, bila hati rasa tak senang, bila tekanan menguasai diri. satu je yang terpikir "BERHENTI KERJA". ikutkan hati nak je hantar surat resign. tapi bila fikir pasal hutang kereta, hutang PTPTN...kawin. terus koyak balik surat. seksa jadi kuli orang ni.

tak ada ke bos dalam dunia ni yang boleh memahami pekerja dia ye. asal kalau jadi bos je mesti nak mengarah itu ini sesedap hati dia. bukan nak kutuk-kutuk bos.. tapi cuma nak sangat bos paham kita.

saya di arahkan buat kerja yang bukan kerja saya. sakit hati sangat. rasa macam nak je bagi senarai tugas saya atas meja bos. lepaskan cakap kat bos " bos, sila semak senarai tugas saya dulu sebelum arahkan saya buat kerja". lepastu  buat note sikit tulis " untuk makluman sebarang kerja yang tidak berkaitan tidak akan di layan". mampu ker??? dah sah-sah la tak akan buat kan macam tu. kan?

so, apa yang perlu saya buat. berhenti kerja cari kerja lain? argghhhh....tapi bukan senang nak cari kerja lain...

ya allah...bantu la hamba mu ini...aku penat ya tuhan.



Thursday 8 May 2014

hati-hati dengan pre-order secara online

salam

membeli barang secara online dah menjadi satu trend sekarang ni. boleh di katakan setiap bulan 2,3 barang saya beli online. selalunya baju/dress yang saya beli. setakat ini masih belum kena tipu lagi cuma kadang-kadang barang yang kita beli tak sehebat yg kita nampak. tapi semua tu normal la kan.

bulan lepas saya ada buat pre order shawl + veil dekat butik yang jual shawl + veil yang sangat-sangat terkenal. pernah masuk paper dah pun. rasanya tak perlu la kot saya mention kan. shawl + veil sangat lawa. saya rancang nak pakai untuk majlis pertuanangan saya. Disebabkan saya dah PM dekat agen si butik tersebut, maka saya terus saja order melalui agen tersebut.

kata agen tersebut saya perlu buat bayaran deposit rm100. dan tempahan saya akan siap selewatnya selama 1 bln. setelah berbincang si agen tersebut setuju untuk deposit rm50. Jadi pada 9/4/14 saya pun transfer rm50 ke akaun agen tersebut.


setelah bayaran di buat, si agen tersebut tak confrim balik warna shawl yg saya tempah. pada saya mungkin si agen tersebut telah catat awl-awl lagi ketika mula-mula saya tanya pasal stok shawl mereka. namun kerana risau sekiranya order saya tersilap, saya inbox agen itu lagi pasal warna order saya.


selepas sy confirmkan sendiri order saya si agen terus diam. saya fikir mungkin customer mereka sangat ramai. kemudian pada 24/4/2014 saya PM lagi si agen tanya order saya. namun katanya masih dalam proses.

kemudian disebabkan sedikit salah faham dengan antara pihak saya dan bakal tunang, (bakal tunang beli baju warna hijau pucuk pisang) maka saya terfikir untuk tukar order saya. pada saya mungkin order masih boleh tukar sebab tempoh masih ada lagi sebulan. dan sekiranya tak boleh tak apa la kan. sy boleh pakai untuk hari-hari biasa shja shawl tersebut.

namun apa yang mendukacita kan sy si agen tersebut tak reply pm saya. saya tanya dah siap ke tak berkali-kali dan saya tanya masih boleh tukar order ke tak. dia cuma balas "tak siap lagi". macam tu je. yes!! mcm tu je. sakit ati tau.

selepas itu saya mula la tergopoh gapah tanya semua online shop yang jual sama dengan si agen tersebut jual. namun hampa, satu pun tak ada jual warna macam saya nak. huhuhu.

setelah fikir punya fikir saya pm owner shawl tersebut dan adukan masalah saya dengan agen mereka. namun amat-amat memeranjatkan saya...agen tersebut TAK SUBMIT order saya pada HQ. bengang giler kot.












kemudian saya cari no hp agen tersebut. nasib baik jumpa. bila saya call cakap hq bagitau dia tak submit order dia cakap si owner tak tahu apa-apa sebab dia submit dekat admin. lepas saya tu pm lagi kat hq suh dia cek lagi...sama jugak cakap tak ada order saya.

lastly saya hantar mesej dekat agen tu. mintak CANCEL dan tolong pulangkan balik deposit saya. dia setuju cakap nak transfer balik. tapi dah 3 hari dah. saya tak terima pun lagi.

malas nak fikir-fikir lagi...saya redha je la. apa yang penting sekarang ni misi mencari "shawl + veil " kat luar.semoga bisnes mereka maju jaya.



Saturday 1 March 2014

Rezeki dari Ashanimdress Lab


salam

beribu-ribu tahniah kat diri sendiri sebab first time menang giveaway contest. sapa tak kenal online shop ashanimdress lab kan. online shop yang best dengan baju yang lawa-lawa kan.

hari tu tertengok la contest ashanimdress lab ni kat ig diorang. sekali tengok syarat-syaratnya macam senang je. so, join je la. kebetulan memang ada gambar pakai baju yang saya beli dari butik diorang.


just follow, upload & hastag. sangat mudah kan. nak tahu gambar mane yang kita kasi. ni ha... satu-satunya koleksi ashanimdress lab yang kita ada. heee






gaya macam nak nanyi lagu nasyid je kan tang tangan tu. rindu pulak zaman duk asrama dulu. join kumpulan nasyid nanyi lagu ummi...ummi...

dan dengan gaya ala-ala penuh kesopanan gadis melayu...saya MENANG!! macam nak meloncat je mula-mula tengok post yang di hastag kat ig kita ni.



mujur la ejaan tu dibetulkan ballik. kalau tak tak merasa la. lepas tau menang, cepat-cepat hantar email kat ashanimdress lab.




tq ashanimdress lab. semoga bisnes awak terus maju. honestly berurusan dengan diorang memang best. terasa diri comel sebab diorang suka panggil customer "sis comel " macam tu.


dah dapat voucher rm50 mula la pening tak tahu nak beli yang mana. berpuluh-puluh kali pilih & cancel pastu pilih pulak, hahaha... sebab semuanya lawa lawa.

ok la...nanti kita update baju yang free tu.


assalamualaikum


Tuesday 25 February 2014

Saya di sini!!!

salam

sangat lama saya tak berbelog kan? terasa amat janggal sekali untuk terus menaip. ini pun sign in sign out berkali-kali sebab rasa macam malu-malu jer. rasa macam first time pulak nak menulis kat sini. hari ni kiranya saya buat come back la ye.. hahaha






Nahhh! kasi gambar "hai hai" sekeping.  sebenarnya rasa macam bersalah jer...eh tak rasa macam rugi jer. kawan-kawan seperjuangan (kawan blog) dah hilang..dah lama tak say hai hai. Ini mungkin sebab saya punya perangai yang tak meneruskan silaturahim itu disebabkan menyepikan diri dari dunia blog. haa..gituuuu.

so...kepada awak- awak sori la ye kalau saya dah lama tak jenguk awak punya blog ye. insyaallah jika diberi kesempatan, tahun ni saya akan kembali berbelog. boleh???

Pada saat entri ni di taip..saya telah menjadi "blogger" selama 2tahun7bulan2minggu5hari ok. but now...uoullsss jangan tanya saya apa yang saya dapat selama tempoh tersebut. Adakah jadi kaya? terkenal? digilai? or macam-macam lagi. Sebab....gua tak dapat pun semua tu. semua tu bukan matlamat gua beb! gua buat blog untuk anak cucu cicit gua baca nanti. hahaha...kemain.

Dewasa ini...(ceh!!...mcm nak buat esei) saya tengok banyak sangat blog-blog baru. sampaikan tak tertengok pun dah tahu banyak. orang berblog ni macam-macam tujuan. nak dapat duit la, nak cari kawan, nak famous la dll(macam buat nota sejarah masa sekolah dulu). kalau yg nak kejar duit/ famous tu saya yakin sangat anda tak akan jumpa keseronakan anda atau kepuasan hati anda dalam dunia blog. Ingat tu beb!!!

sambung next time.....chauuu!!!

assalamualaikum...



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Angel and Memorial tickers