Sunday, 2 June 2013

Resepi : Kek Coklat Kukus ~Sedap

salam

kemain lagi tajuk nak gambarkan kesedapan kek coklat. dikesempatan ini saya nak kongsikan akan kejayaan saya membuat kek coklat. hebat kan? kan? rasa macam ala-ala chef kat hotel 5 star dah. haha. agaknya dah boleh kot bukak kedai kek. sendiri buat sendiri makan.


Firt time buat, agak kekok jugak sebab saya ni bukan biasa sangat cuba resipi baru. ni pun godek-godek dalam google, lepastu terjumpa la resepi kat blog. banyak sangat yang share resepi ni. lepas tu campur resepi-resepi tu semua. so jadi lah resepi sendiri. hehe



KEK COKLAT KUKUS
Bahan-bahan:
Bhn A
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula
Bhn B
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
Bhn C
3 biji telur - blend guna blender
Cara-cara:
  1. Campurkan kesemua bahan A dalam periuk. Panaskan sebentar atas api dan kacau hingga sebati
  2. Masukkan bahan B dan C ke dalam bahan A. Gaul sebati
  3. Panaskan kukusan hingga air mendidih
  4. Masukkan adunan ke dalam loyang atau bekas plastik tahan panas ikut citarasa anda.
  5. Kukus selama  1 jam. Pastikan penutup kukusan di bungkus dengan kain supaya air tidak menitik ke atas kek.
  6. Bila dah sejuk, boleh disiram coklat cair dan ditabur coklat urai.










amacam nampak sedap kan? memang la...sedap sangat walaupun nampak tak lawa kan. takpe. next time kita buat lagi lawa, letak coklat cair lebih sikit.

ok. Like FB saya kat bawah ye. babai...papai


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...