Thursday 28 February 2013

masih diberikan peluang

salam

selamat kembali kepada diri saya sendiri dalam dunia blog saya sendiri. lebih kurang seminggu bercuti disebabkan keadaan diri yang tidak mengizinkan. alhamdulillah diberi ujian oleh Allah untuk merasa kesakitan setelah sekian lama. bila kita sakit, kita akan ingat allah. itulah nikmatnya. ada orang cakap, bila tuhan beri kita sakit...terhapus dosa-dosa kecil. betul ke?


opps! padahal saya demam je pun. bukan sakit teruk sangat. tapi demam kali ni lain sikit. seluruh tubuh rasa sakit -sakit. tak tau la kenapa. mungkin jugak sebab saya penat kerja sampai badan dah tak tertanggung. apa taknya, bulan ni...tak ada cuti langsung tuk diri sendiri. bila hari tak keja, ada jer hal & program yang saya join. lastly...sakit macam ni baru rasa menyesal.

alhamdulillah sekarang dah sihat. tapi yang tak bestnya. selera makan masih tak ada. nak makan nasi lagi lah tak berselera. lapar. tapi bila makan...semua jadi tak sedap. redha je la....


ok  la...


babai....papai...



 

Thursday 21 February 2013

Lawak: Lewat 4 Bulan



Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. pada suatu malam si isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, " ayang, period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kita kena gi check kat doktor."

Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gembira ini sehingga ianya benar2 pasti.
Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB kerana terdapat tunggakkan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka. Pegawai TNB tu pun berkata 
" ini rumah En. Mahpusker?" "iya, saya ni isterinya. ada apa encik"
 

Pegawai TNB tu pun berkata, " Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak boleh tunggu ni, nanti boss saya marah."
 

Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB tu." APA??? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni sebulan lewat???"  Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab " ala puan, ni kan zaman IT, semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online"
 

Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut. "APAAA????Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu??? " Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan" Relek puan, puan ni baru lewat sebulan, ada yg lagi teruk, lewat 5-6 bulan"
 

Si isteri yg terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata,nanti saya bincang dengan suami saya..lalau pegawai TNB tu pun beredar dari situ.. Keesokkan harinya, selepas si Mahphus ini di beritahu oleh isterinya, dia pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yg berdekatan..

Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yg ramai di situ, dia pun memekik seraya berkata "Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak heboh2 ke dalam internet. awak ni semua yg berkeluarga tak pernah lewat sebulan kerrrr????!! bisness apa korang buat niii?? nak kena saman kerr???

 

Lalu pegawai yg datang kerumah si Mahphus ni berdiri dan mententeramkan keadaan. "sabar encik, sabar encik. apa susah, kalau cik nak settlekan perkara ni, bayar je..." kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si mahphus naik berang.


"APAAA?? nak bayar korang? belahhhh lahh...."
Lalu pegawai TNB tu pun cakap " kalau macam tu, Kita terpaksa potong encik punya....... ...."  Si Mahpus mencelah " apa??? potong??? abih tu isteri saya di rumah nak pakai apaaaaaa???
Pegawai TNB tu pun cakap " nampak gayanye..ISTERI ENCIK KENA PAKAI LILIN
AJERRRLAAAAAAAA"

Gambar Awek Cun


salam....


nak share gambar awek cun



tak nampak? zommmm



 


zomm lagiiiiiii...............






cun kan? wakakakaaka...






p/s: Bosan....tak ada keja...



babai....papai....

Wednesday 20 February 2013

Hanya Mak Yang Tahu


salam
saya akui saya memang cuai. selalunya hal berkaitan dengan duit la. saya letak ikut suka hati. bila hilang baru saya mengelabah cari. mak saya la selalunya jadi tukang cari...yang saya pelik sangat kalau apa-apa barang sekalipun yang saya terlupa letak, bila mak saya cari...tak sampai 10 minit dah jumpa. padahal kita ni berjam-jam cari tak jumpa-jumpa. selalu jadi macam tu. 

kekadang tu, bila barang hilang...saya tak cari. saya terus tanya mak. bila mak suruh cari sendiri saya cakap la, "baik mak cari, mesti terus jumpa'  lepas tu saya pulak yang kena marah. tu la...masa saya kecik-kecik...saya ingat mak saya ni ada kuasa macam dalam tv tu...sebab semua benda mak saya tau pasal saya. apa yang saya pikir pun dia tau.


bila dah besar ni, baru saya tahu. mak yang mengandungkan saya, menjaga saya...mesti la mak boleh rasa apa yang anaknya rasa. dah boleh tahu setiap perangai anaknya. walaupun anaknya bukan saya seorang tapi mak tetap boleh kenal setiap perangai anaknya. Hebat kan?


sekarang dah banyak benda anaknya tahu, dan mak tak tahu. Tapi sayangnya anak dia ni TETAP tak jumpa cari bila barang hilang....dan mak masih TETAP tahu. Masih tetap jumpa tak sampai 10 minit!!! Bangga sangat dengan Mak.




kerja dah beres, blog pun dah beres. jom balik.




babai...papai







Lelaki Idaman Wanita

salam

walau macam mane pun kita, mesti mengharapkan yang terbaik dalam hidup. apa lagi lau melibatkan hal-hal yang terpenting seperti JODOH. kalau boleh nak yang cukup sempurna. tapi sedarkah saya bahawa saya bukanlah sempurna untuk dapatkan yang sempurna. kan? saya perlu sedar tak ada yang sempurna dalam dunia ni.

pada saya lelaki yang kaya, hensem, dan berjaya bukanlah menjadi keutamaan. tapi lelaki yang tahu menjaga hati wanita dan menghormati wanita adalah lebih diidamkan.

seseorang wanita akan lebih mengharapkan lelaki yang tahu tanggungjawab, boleh melindungi dan menjaga wanita. Harta bergunung tinggi dan "kehenseman" bukanlah aset untuk memikat wanita.

Ya..."wang ringgit sangat penting" tapi  cukuplah sekadar dapat menjaga keperluan wanita dan bukannya memenuhi kehendak wanita yang tidak berpenghujung.



dan tidak wujudkan lelaki sebegitu? mungkin amat sukar untuk ditemui. apa-apa pun, kita sendiri perlu ingat. kita akan dapat yang terbaik jika kita adalah terbaik.


sekian....



babai....papai...






Tuesday 19 February 2013

Tak akan buka blog ada muzik & lagu



salam

saya tengah bekerja...curi-curi intai blog dari pengetahuan si bos & staf-staf lain. hehe...kejam kah? eh..tak lah. kerja tetap saya buat.tapi apa yang jadi masalahnya saya sangat tak suka akan blog yang ada lagu tak pun muzik. kalau saya klik kat link, tetiba keluar lagu. ha...terus saya tekan butang X. lagi-lagi yang tetiba keluar lagu yang kuat kemain. 



nak tau kenapa saya tak suka. ha...sebab nak cover line la. tau? mesti ada yang cakap..."ala off je la speaker kat laptop". tau...tau sangat. tapi tak boleh la dik. akak ni lau tengah wat kerja kena dengar THR Gegar Online. tu pasal saya tak boleh BW kat blog yang ada lagu.lagi2 lau lagu yang tak kena dengan jiwa kita. nak off dia punya lagu tu...jadi mengelabah tak pasal.

bukan apa...takut kantoi jer. tak mo la nanti bos pikir saya asyik berblog jer.
ok...babai...papai
p/s : sshtttttttt...silent plis...

Monday 18 February 2013

mintak tolong



salam....
 
 
ada sapa-sapa kat sini boleh share info pasal  Felinna Vitamin C Pure Marine Collagen tak? 
 

rase macam nak cuba. dah cari info kat facebook dan blog. tapi masih tak yakin. sekadar nak tau pengalaman orang yang dah cuba vitamin ni.


ok...tolong ye....



babai...papai..
 

Saturday 16 February 2013

berderak-derak


salam

baru berkesempatan singgah kat sini...bnyak hal yang tak sudah-sudah. cuti tahun baru cina pun macam tak cukup jer. banyak lagi yang tak tertunai. tak pe la...tunggu ada masa di lain waktu la. 10hb lalu saya berkesmpatan jumpa kawan-kawan yang dah lama sangat tak jumpa. disebabkan tak tahu nak berderak (jalan-jalan) kat mana. so, just ikut kata hati kitorang ke Negeri Terengganu.



seronok dapat jalan-jalan kat Taman Tamudun Islam....ramai sangat orang. lastly dapatlah tengok masjid kristal. cantik sangat!!



 nampak tak? nampak tak? saya jugak la yang paling kecik.


selepas puas jalan-jalan kat sini...kami ke pasar payang...


 
gambar cilok dari google. tak sempat nak snap..tapi masa kami kat sini.. jalan lagi sesak. ramai sangat makhluk tuhan ni.
paling best kat sini...dapat try air cendol yang dijual kat tepi-tepi jalan sekitar pasar. wah! memang sedap sangat. terbaik la!!!!







kemudian...kami ke sini...Bukit Puteri. bayaran masuk RM1. dari atas bukit ni kita boleh tengok sekitar bandar Kuala Teganu.
banyak lagi temapat yang kami nak pegi, tapi sayangnya tak cukup masa. Kul 5 kami kena bertolak balik sebab tak nak sampai rumah malam-malam

tapi apa yang penting silaturahim antara kami kawan sekolah kembali mesra-mesra...sebab lama sangat tak luangkan masa bersama macam ni.

ok la....babai...papai...









Tuesday 5 February 2013

Nelydia senrose-setia hujung nyawa



salam

sape layan setia hujung nyawa...wah..cite ni memang meletop..hari-hari saya eksaited duk tunggu cite ni.
watak heroin yang dibawa oleh Nelydia Senrose cukup memukau. rasa macam nak jer jadi macam dia. hihihi...comel sangat.

r


rupanya si cantik ni sepupu dengan Emma Maembong...patutlah dua-dua pun lawa kan? rasanya drama Setia Hujung Nyawa ni bawak tuah kepada Nelydia Senrose. cukup di minati walhal sebelum ni banyak jer drama lakonan dia.




minggu ni minggu last drama Setia Hujung Nyawa...harap-harap minggu ni bos tak bagi keje banyak-banyak. sebab tak mau ketinggalan layan drama kesayangan ni.



ok....babai papai....


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Angel and Memorial tickers