Saturday 28 April 2012

Tolang Reti Hormat Orang


Salam


bukan saya tak cuba, bukan saya nak sensitip sangat
tapi kalau dah hari-hari macam ni saya pun naik hangin gak
lau nak bercakap itu pikir la sikit perasaan orang
jangan ikut sedap sendiri jer
sikap manusia yang macam ni la paling saya tak suka
die punya bahasa mak aii macam orang ni tunggul kayu jer
langsung tak reti nak hormat orang
nak marah ni…nak marah sangat




saya tau saya jugak bukan cukup sempurna sikapnya
semua orang pun tak sempurna
ingat tu!
“awak nak berlagak sangat apesal hah”
“awak cukup bagus ke,”
“ boleh hidup tanpa bantuan orang lain ke”
“tolong la…tolong sangat sangat…ubah la perangai”

Saya tau awak tak baca blog saya
Saya tulis ni pun sia-sia jer
Tapi memang saya tak tahu nak nasihat awak macam mane lagi
Awk tu bukannya budak-budak, dah ada family sendiri dah pun
Saya tak kesah dengan peragai gila-gila awak
Tapi tolong jaga adab, bahasa dan tolong hormat orang lain
Tu jer!!!
awk nak orang hormat awk
tapi awk sendiri tak reti nak hormat orang



"RESPECT OTHERS FOR OTHERS TO RESPECT YOU"



Kadang kadang bile saya Tanya elok elok
Awk jawab dengan kasar
Waktu saya tak bad mood…ok jer..fine. boleh terima
Tapi waktu mood tak berapa ok, saya akan jadi sensitip
Mungkin awk tak sedar saya terasa, sebab saya lebih suka
Simpan sendiri….
Tapi awak kena ingat..setiap orang ada tahap kesabarannya
Jangan sampai satu hari nanti awk jadi musuh saya



BAHASA MELAMBANGKAN BANGSA




Sekian!.............:)





p/s: jangan pulak kerana mulut, awak susah kemudian hari.



Ok


babai......papai







 

Sunday 22 April 2012

REZEKI!! Allhamdulillah...syukur

salam dan celamat malam


alhamdulillah dan terima kasih
hanya tu yang boleh saya cakap untuk mereka yang berkenaan
lastly...impian saya tercapai
dapat gak merasa punya kereta sendiri
bangga dan bersyukur sesangat
walaupun impian saya nak dapat kereta tahun lepas
tapi dapat tahun ni....pun kira ok la.
asalkan tercapai.
kan?


punye la banyak dugaan saya nak dapatkan kereta tu
orang lain sminggu jer terus dapat
tapi saya...5 salesman yang saya jumpa
baru berhasil
macam-macam alasan bank kasi
umur terlalu muda la
nak penjamin la
nak tengok statment bank la
herh....cerewet bebeno


taraaa.............akhirnya dapat gak




syukur sgt sgt
sekarang hanya perlu pikir
pasal jodoh lak
hehehe



ok


babai...papai

Monday 9 April 2012

untuk yang putus cinta...:)

salam

tepat pukul 8 pagi saya bergerak pegi keje
macam biase saya ni suke sangat dengar THR gegar
tambah2 kalu pagi2 segmen Ceria pagi tu
memang menceriakan hidup saya
kalau saya tak dengar Thr 
maka tak ceria la hidup saya dari pagi sampai ke malam
(ceh! promote thr kejap)

yang menariknya pagi tadi pasal topik
"cerita di sebalik lagu"
ada seorang pendengar tu call dan cerita pasal
kisah cinta die yang tak kesampaian
dan pendengar tu cakap lagu wali band
"baik2 sayang" tu selalu kekasihnya nanyi tuk die






tapi
 bukan kisah pendengar tu bagi saya menarik tuk
saya kongsi kat sini.
sebab kisah putus cinta ni macam dah biase sangat
ramai lagi kat luar sana lebih hebat ceritanya
 lebih tragis kisahnya.
tapi yang menariknya adalah kata-kata 
nasihat dari deejay abang nasa
 katanya:


"anggaplah perpisahan yang terjadi antara awk & die
sebagai laluan tuk awak menemui orang yang lebih baik"



bile dengar abang nasa cakap macam tu
hati saya terdetik, otak berpikir



" ya! kenapa selama ni aku tak anggap perpisahan & 
kegagalan hubangan aku & sidia sebagai laluan tuk
aku jumpa orang yang lebih baik"



itu yang saya pikirkan ketika ini.kenapa? kenapa?
kenapa saya tak berfikir positif sebegitu
bukankah bile anggap sebegitu hati akan lebih tenang



" doakan kebahagian si dia, & insyaallah anda juga 
akan menemui kebahagiannya. usah berdendam"



memang sikit pun aku tak pernah berdendam
cuma kekecewaan kadang-kadang menyesakkan fikiran
kadang2 beribu sesalan akan muncul














p/s: hati yang menanggung terlalu sukar untuk mendengar nasihat dr mulut





ok


babai....papai




Wednesday 4 April 2012

C.I.N.T.A





Sekian lama cinta disekat
SMS dikirim menggantikan surat
Tibalah masa janji diikat
Terciptalah sejarah di satu tempat
Taman yang indah lagi memikat
Di balik rumpun yang sukar dilihat

Mata bertentang tangan pun berjabat
Dua hati memadu erat
Kasih disulam rindu dirawat
Cinta berganding degupan syahwat
Guruh berdentum hujan pun lebat
Nafas dan nafsu berperang hebat
Tidak tertanggung kasih melarat
Hendak dicanang cinta tersemat




Kini pangkuan semakin rapat
Agungnya cinta tidak bertempat
Tiada diingat Allah dan malaikat
Inikan pula pencegah maksiat
Hilang sudah agama dan adat
Kehendak diri mencalar syariat
Ayah dan bonda dilupa sesaat

Detik berlalu berganti saat
Tubuh yang ramping kini membulat
Tiada lagi t-shirt melekat
Baju yang seksi berganti pelekat
Uda jelita menanggung sarat
Teruna dihubungi tak pernah dapat

Janji dilafaz menjadi jerat
Resah bersulam akalpun tenat
Hilanglah pegangan menggoyahkan syariat
Lalu dibuang penyambung zuriat


Baru terfikir insaf dan taubat
Sayangnya kini sudah terlambat
Takdir tuhan telah tersurat
Saat bertemu di alam akhirat
Bertanyalah Allah soalan yang empat
Adakah hartamu membawa berkat?
Adakah ilmumu menuju manfaat?
Adakah amalmu menjadi rahmat?
Umur mudamu apa kau buat?
Basahkah lidah dengat syahadat



Tika berhimpun bertimbangkan ibadat
Adakah dipilih jalan selamat
Di taman syurga yang harum memikat
Atau neraka di lorong keramat
Berlimpah peluh dan jijik keringat

Wahai sayang sedarlah cepat
Sesungguhnya dunia terlalu singkat
Ayuhlah kita mencari rahmat
Janji Allah segera disemat
Agama tak menghalang cinta sejagat
Kerana itulah nikah disunat


Agar fitrah dibimbing bertempat
Mencari damai beroleh berkat
Diri sekadar memberi nasihat
Kelemahan diri bukanlah azimat
Seandainya terguris hati melarat
Sepuluh jari disusun rapat
Ukhwah terjalin disulam erat
Restu Ilahi sama disemat




Tuesday 3 April 2012

TUDUNG BAWAL TERKINI UNTUK SI GADIS

Salam

hari ni saya ada benda baru nak kongsi ni
tapi untuk gadis gadis je la
lebih tepat lagi tuk gadis bertudung

dulu saya ni suka pakai tudung bawal
macam macam yang saya beli
pegi kelas, jenjalan, kenduri ke apa ke
mesti pakai tudung bawal




tapi semua ni dah jadi kenangan dah
sejak muncul selendang belit belit dan kewujudan tudung segera
terus tudung bawal saya lupakan
hukhukhuk
kesian die kan...
sekarang ntah kemana la saya simpan





tudung macam ni sebenarnya senang nak pakai
tak perlu iron sangat
tu kelebihannya


tapi sejak bile ntah keboringan dan kebosanan
memakai tudang ni mula menjelma
sekarang ni memang saya gile tudang bawal
sebab ape ?
sebab tudung bawal ni makin lawa2 makin comel2
macam saya yang buat entri ni
comel kan.heee


ok la
 back to topic saya sebenarnya nak share
tudung bawal yang terkini




















tudung ni ada manik dekat kepala dan hujung tudung
memang lawa sangat sebab tudung ni
ada dua tone warna
lawa sangat
kalau pakai manik2 tu akan jadi
ala-ala mahkota gitu
jadi boleh la nak berangan2 jadi princess
hehehe

 stok ni semua adalah dari kawan saya sendiri
die ni peniaga tudung dan kain pasang
dekat Pasar Besar Siti Khadijah

bukan semuan kedai tau ada jual tudung macam ni
sebab masa saya pegi kedai die
tudung ni memang jadi permintaan tinggi
terutama student sekolah & ipt

kalau ada yang berminat boleh la pegi kedai kawan saya tu
no kedai 585 ok!
tapi kalu yang berada jauh sangat
boleh jer email dekat saya


one_nieybn2b@yahoo.com


insyallah
harga memang berpatutan dan boleh di runding
belian secara borong jugak amat2 di alukan



p/s: kalau ada sambutan, saya akan buat 1 entri yang 
lebih mudah untuk yang berminat


ok
tengok model ni pakai
lawa tak?



bajet jadi model
lalalala





ok



babai...papai







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Angel and Memorial tickers