Wednesday, 17 August 2011

nuzul Al Qur'an.kitab Allah bukan sekadar untuk dibaca


salam nuzul Al Qur'an
Tanggal 17 Ramadhan merupakan satu tarikh yang selalu
diperingati oleh umat Islam. 
Pada tarikh inilah masjid-masjid dipenuhi dengan ceramah
dan media massaterutamanya televisyen tidak akan terlepas
menyiarkan rancangan atau 
kuliah sempena memperingati Nuzul (penurunan) Al-Qur’an. 
Majlis Tilawah Al-Qur’an juga tidak pernah ketinggalan
diadakan bersempena meraikan bulan yang penuh keberkatan ini. 
Ratusan ribu dibelanjakan setiap tahun semata-mata
untuk memperdengarkan bacaan Al-Qur’an oleh peserta-peserta 
yang bersaing merebut gelaran Qari atau Qari’ah.

Pendek kata, pelbagai program tak putus diadakan sempena 
menyambut tarikh penurunan Al-Qur’an ini. Bagi
kebanyakan individu pula, pada bulan inilah mereka 
berusaha bersungguh-sungguh untuk menghabiskan bacaan 30
juzuk Al-Qur’an sebagai satu kelaziman
“Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai
petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu serta pembeza 
(antara yang haq dan yang bathil)” 
[TMQ al-Baqarah(2):185].


Adakah Al-Qur’an Sekadar Untuk Diperingati dan
Dibaca?Sempena Nuzul Al-Qur’an ini, marilah kita dengan penuh
iman dan taqwa memuhasabah diri kita, apakah kita selama
ini telah mengambil Al-Qur’an sebagaimana yang Allah
perintahkan, 
atau 
selama ini kita hanya beriman dengan
sebahagian dari Al-Qur’an atau justru telah mengabaikan
Al-Qur’an? Apakah selama ini Al-Qur’an telah benar-benar
kita jadikan petunjuk, sumber hukum, sekaligus sebagai
penyelesai segala masalah kehidupan kita? Ataukah
sebaliknya, kita malah meninggalkan dan
mencampakkannya?
 so..
sama-sama la kite muhasabah diri samaada kite hanya
menganggap al quran sebagai kitab hanya WAJIB dibaca
semata-mata tapi tidak menerapkan ape yang terkandung
di dalamnya.






 ok
babai...papai

8 comments:

  1. al-Quran perlu dibaca dan difahami isi kandungannya. thanx for the info awk. =)

    ReplyDelete
  2. al-Quran bukan saja dibaca ketika bulan puasa mahupun ketika majlis seperti nie,bahkan everytime n evrywhere..
    selamat mengamalkannya..:)))

    ReplyDelete
  3. betul.. kita kena faham juga al-quran ni.. kalau xpaham.. beli lah tafsir..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Angel and Memorial tickers