Saturday, 13 August 2011

jawatan kosong suami

 
 
 
Jawatan Kosong


tawaran  ini terbuka kepada semua lelaki muslim yang telah akil baligh untuk mengisi 
kekosongan sebagai jawatan suami kepada semua wanita-wanita muslimah


Nama jawatan: Suami
Gaji: ganjaran pahala di sisi allah swt
Taraf jawatan: tetap
Jumlah kekosongan: tidak terhad
Deskripsi tugas
1) memberi nafkah zahir dan batin kepada isteri dan anak-anak
2) memberi kasih sayang kepada isteri dan anak-anak
4)memberi perlindungan kepada isteri dan anak-anak dari segala aspek
5) menjaga keharmonian rumah tangga
6) memenuhi setiap kehendak dan kemahuan isteri dan anak -anak
7) dan lain-lain tugas hendaklah tidak bertentangan dengan kewajipan seorang suami

syarat kelayakan:
1) islam
2) akil baligh
3)waras
4)mampu
5)bukan muhrim dengan bakal isteri
6)tidak beristeri empat

bonus dan keistimewaan
1) kehidupan yang lebih stabil 
2) mendapat keredhaan dari allah kerana telah melaksanakan salah satu kewajipan
3) akan dinaikkan pangkat sebagai "datuk" sekiranya berjaya memperolehi anak dan cucu. insyaallah!

syarat kenaikan pangkat secara lantikan
lelaki yang telah berkhidmat sebagai suami yang ingin memohon boleh mengemukakan borang permohonan kepada isteri-isteri terdahulu. keizinan daripada isteri adalah syarat paling utama.

cara permohonan
calon-calon yang berminat boleh mengisi borang permohonan yang boleh didapati di pejabat-pejabat agama yang berdekatan
anda dinasihatkan terlebih dahulu untuk meminta keizinan daripada ibubapa bakal isteri

kursus
sebelum dipanggil temuduga, calon-calon diwajibkan untuk menghadiri kursus 
perkahwinan di pejabat agama yang berdekatan. calon-calon yang telah 
mempunyai sijil perkahwinan adalah di utamakan.


temuduga
calon-calon yang telah berjaya menambat hati bakal isteri dan telah berjaya
mendapat keizinan dari ibubapa bakal isteri akan dipanggil untuk menghadiri 
temuduga "akad nikah"


tarih tutup permohonan
tarikh tutup permohonan adalah bergantung kepada calon tersebut







p/s: sekadar suke-suke. Suami tidak layak di tafsirkan sebagai jawatan kerana darjat dan 
pangkatnya lebih besar di sisi seorang isteri.


 

ok


babai...papai

4 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Angel and Memorial tickers