Tuesday, 2 August 2011

dreber bas melampau + lebih-lebih?


salam
dua hari tanpa blog yang amat mengelisahkan
awk- awk perantau semua dah beli tiket raya lum?
sangat sedih ni..tiket raya dah habis.. huawaaaaaaaaa...tulun aku
syarikat bas o bas...sediakan la bas tambahan
gua mau pulang raya sama famili gua ni! ngerti lorh
kesian la sama lu punya customer tetap lagi setia ni
macam la bas punye owner baca blog buruk ni
pikir sat macam mana aku nak balik ye?
tiap-tiap tahun aku guna khidmat bas
dari aku duk studi sampai la aku keje 
memang bas la berkhidmat tuk aku bile balik kampung
walaupun kadang-kadang, bas pernah menyusahkan aku tau!
pernah rosak, pernah tak dapat jalan sebab minyak habis
dan pernah jugak menyakitkan hati aku dan memalukan aku
memang sampai sekarang aku tak kan lupa kisah tu
tapi walau dah banyak kali aku trauma lagi 
sakit hati tetap jugak aku naik bas





aku rasa aku nak abadikan kisah pahit aku kat sini

lau tak mo baca sila skip



kisah ni terjadi pada tahun lepas, masa aku nak balik cuti raya. awal-awal puasa lagi aku punya kawan ain & ema( nama sebenar) dah beli tiket raya tuk kami berlima.kami terpaksa ponteng kelas 1 hari sebab maklumlah tiket ke kota bharu memang cepat habis. aku tak kesah sangat sebab hari yang kami terpaksa ponteng tu cuma ada 1 kelas jer dan lecturer pun memang dah mood raya. tapi macam biase la sebelum cuti bertimbun assignment yang kena submit.

sehari sebelum naik bas tu aku memang tak tido sebab siapkan assignment kesayangan tu. ni la contoh pelajar terbaik..last minit baru nak terhegeh-hegeh. 
hek eleh...rilek la bro!*ni makhluk penghasut yang cakap
so, pagi-pagi lagi kiteorang tertenggek dekat kedai abang hensem + abang gatai nak print assignment.
sampaikan hari tu, berbuka pun ala kadar jer sebab sambil-sambil makan sambil-sambil kemas barang.
badan aku memang penat sangat, so aku berangan angan naik bas jer nanti terus nak tido, tak mo gosip-gosip dah.

sejam lebih menunggu bas dekat perhentian bas kat depan kampus sambil beramah mesra dengan cite yang tak habis-habis akhirnya sampai la jugak bas kesayangan tu. seat  aku belakang sekali nga kawan aku, eida.
dua orang lagi seat kat depan sekali dan sorang lagi seat single kat tengah-tengah.
bile dah siap letak beg kat bawah tu dengan susah payah, aku naik la dan terus ke belakang sekali
alamak!! tibe-tibe seat aku dah ada orang yang duduk. perempuan. aku pun tanya:

aku: ni betul ke seat awk?
yang duduk seat aku: ye..seat saya

geramnya aku..die macam tak nak layan aku.wat pura-pura tido konon.nak jer aku mintak tiket die. tak kan la tiket aku yang silap kot. pas tu eida pun naik. aku gitau sama eida. eida pun pi tanya amoi dua  orang tu. tapi sama gak. die cakap seat die punya. orang lain dah mula toleh-toleh dah. dalam hati tuhan jer tau, risau beb takut tak dapat balik. pastu geng-geng aku datang tanya amoi tu. kawan-kawan yang satu kampus yang naik bas tu amik tengok tiket aku. terbukti! memang sama nga tiket diorang. so, memang aku tak silap bas la. 

bile semua dah naik dan debar bas kurus tinggi tu naik aku cakap la nga die. die macam dah mula pening dah.tapi yang aku heran bin ajaibnya bile aku mintak die check tiket amoi tu die wat tak tau jer.die asyik tanya aku, pasal tiket aku. hangin betoi. lepas tu debar bas tu pegi la bagitau dekat drebar yang ngah tido kat belakang tu. aku tak tau ape yang diorang bincang cuma aku dengar drebar bas yang tido tu cakap kat drebar kurus tinggi:

kan aku dah cakap tadi, duduk jer la seat kosong tu. ko ni tak faham ke?


hoi..pak cik! masalahnya seat kosong ni ada satu jer. nak suh kami share ka?? geram jer aku nak jawab macam tu. tapi aku sabo jer.dah la secara automatiknya aku dan eida ni dah jadi bahan tontonan. semua orang tengok. malu nokk!!tambah pulak wujud mamat-mamat yang hensem. lepas tu si deber kurus tinggi tu pegi lak check tiket budak yang seat 5c(lau tak silap aku la)apekei hei nye aku tak tau la. tiket amoi tu tak mo pulak menge'chek"nye.tiket budak tu pun memang dah betol. tak silap mana-mana.ejaan pun betol.


tup tang tup tang.akhirnya si deber tu suh amoi tu bangun. sorang jer.yang duk tepi tingkap tu tak bangun. si deber tu suh kawan aku duk kat seat single yang kosong dan aku duk kat seat amoi yang bangun tu. yang amoi sorang lagi tu duk bertenggek dekat tempat tido deber bas tu. memang dah sah la jangkaan aku yang amoi tu tak de tiket.lau ada tiket mesti die pun hangin cam aku bile orang suh bangun.

walaupun aku dah dapat duduk dan bas pun dah gerak tapi aku memang tak puas hati. macam-macam yang aku rasa. nak nangis+sakit hati. memang aku tak puas hati. aku rasa macam nak jer esok pagi dah sampai aku pi mengadu kat syarikat bas ni.

aku senyum pun tak dekat amoi sebelah aku tu. aku wat tak tau jer. si amoi tu lak sibuk duk bercakap nga amoi yang duk bertenggek tu. aku tak paham la  apa yang diorang cakap sebab diorang guna bahasa siam. 

tibe-tibe....

dengan tak semena-mena dan tak bersalahnya si amoi yang duk bertenggek tu datang pi duduk kat tengah-tengah antara aku dan amoi tu. ya allah dugaan apa ni. aku yang nak tido time tu terus terbukak mata luas-luas. mata sepet aku pun dah jadi tak sepet dengan serta mertanya. tapi aku tak cakap apa-apa. aku diam jer. rase nak melutup jer kejap lagi.

lepas tu si debar yang sedang enak tido tu bangun.lepas tu die dengan muka selambanya cube berborak nga aku. antara soklan yang die tanya

cepat nak balik kampung. dah tak ade kelas ke?
raya kan seminggu lagi?
sem berape?
turun kat mana nanti?

soklan-soklan deber bas tu aku layan acuh tak acuh jer.bile die sedar reaksi aku macam tu.
die cakap:

"maaf la, saya pun tak tau nak jadi macam ni, sabar la, tahan je"


lepas tu api kemarahan mula memuncak


"tak adil la macam ni pak cik, saya bayar tiket mahal-mahal sama macam orang lain jugak tapi duduk macam ni. nak kata tiket saya silap macam mana kawan saya kat depan tu boleh jer duduk. kiteorang sama-sama beli kat ipoh. pak cik nak suh saya sabar, nak suh saya bertahan duk macam ni? apa? pak cik ingat dekat ke? lau dekat saya tak kesah. ni lapan jam tau."

ha...macam tu la lebih kurang dialog kemarahan aku. sampaikan kawan aku yang duk kat depan sekali tu pun cakap die boleh dengar.bile si deber tu sedar yang aku ni betol-betol marah die terus bangun pegi ke depan dan cakap:

"stop..stop. orang kat belakang tu dah mengamuk dah"

ha..tau pun takut. aku ada hak ok. jangan ingat aku akan diam jer.lepas tu bas tu betol-betol stop!hah sudah! ape la yang pak cik deber tu nak buat. aku risau jugak. semua penumpang dah mula toleh-toleh ke belakang.tibe-tibe die panggil amoi yang duk kat tengah-tengah tu suh duduk kat tangga. lega.bas pun gerak la macam biase.

agaknya deber bas tu ada-apa kot dengan amoi tu, sebabnya aku tengok diorang macam mesra semacam jer. masa bas tu behenti, aku duk perhati yang deber bas dengan amoi tu mesra jer. tapi tatau la kan.

dan disebabkan mood pun rasa tak menentu..aku tak turun pun tuk makan sahur.akhirnya..alhamdulillah selamat la sampai. walaupun aku tak tau sapa yang salah samada deber bas tu ataupun pengurusan diorang tapi aku dah pun maafkan diorang.



selamat sampai



psst: tak jadi pi ngadu kat syarikat bas.




ok la!!


babai...papai



2 comments:

  1. hoho. bese lah tu. ragam manusia.
    tapi sangat geram kan kan kan??
    saya penah rasa gitu gak. hehe.

    ReplyDelete
  2. pernah ea?
    hehe..nasib kite serupa~~~lalala*nyanyi jap

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Angel and Memorial tickers