Thursday 28 March 2013

harapan & impian

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup....

Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana...

Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain,
dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga,
memimpinku ke arah tuju yang satu...

Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat....

Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz,
Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku,
jua hatimu kali pertama kita berpandangan....

Itu janji Allah...

Akan tetapi,
selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah,
selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu....

Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’...
Aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak...

Permintaanku tidak banyak,
Cintai aku bila tiba saatnya...bawa aku ke SyurgaNya.




Tuesday 19 March 2013

bukan selalu


salam

macam biasa, hari ni bangun lewat lagi. nasib baik ayah tolong ketuk-ketuk pintu. lau tak memang tak terbangun la. bila la agaknya saya nak berubah. bangun sendiri tanpa mak atau ayah kejutkan. agaknya dah kawin nanti, husban yang tolong kejutkan. haha...nasib la. peduli apa...

siap-siap, tengok jam dah kul 8.10. "ish dah lewat ni, bakfast kat ofis la". sampai simpang jalan ternampak sesusuk makhluk manusia. "macam kenal jer". rupanya kita punya sepupu tengah tunggu bas yg duk meniaga kat pasar siti khadijah kota bharu. hati berbelah bahagi ni, nak tawarkan diri tuk tumpang ke tak. nengok jam memang dah lewat ni.

"kak ni, marilah kito ata"

"eh..mu nak gi mano. mu kan kijo lain. nati lewat pulok mu masuk kijo."

"tak apo la. awa lagi".

" ho...buleh jugak. mu ata sekerat jale la. nati aku naik teksi pulok"



saya pura-pura cakap awal lagi, padahal memang dah lewat. tak apa. sesekali tolong orang kan. lagipun tak sampai hati lak tak nak tolong. dulu masa saya tak ada kereta, dia selalu jugak tumpangkan saya naik kereta dia.

teringat pulak masa saya selalu guna pengangkutan awam ni. paham-paham la kan. susah bebeno. masa tu ada la terniat dalam hati, "kalau aku ada kereta, aku nak tolong tumpangkan orang"

so, ni la masanya nak tunaikan niat dalam hati tu. ala, lewat sikit masuk ofis tak pe la. bukan selalu kan.




kecian kan..hikhik









p/s: saya tolong orang sebab saya sedar saya selalu sangat mintak tolong orang


ok


babai...papai.




Saturday 16 March 2013

santai- santai


salam


Agak ketensionan bila berkerja di hari sabtu. Argghhh...bila agaknya bos nak cakap " ok, hari sabtu tak payah datang kerja." alangkah bahagianya jika ayat itu didengari di cuping telinga ku. Maka, disebabkan itu saya gagahkan diri dan jiwa untuk datang dan bekerja di hari ini. Maka, disebabkan rasa malas itu, saya bercita-cita untuk hanya berblog dan meletakkan kerja-kerja saya dibelakang laptop sahaja. haha. maka, saya mula rasa berbelah bahagi darab tambah dan tolak...salahkah saya?? Maka, dengan ini saya nasihatnya hati saya agar tidak mempunyai perasaan lagi, maka saya terus menaip disini. maka wujudlah sifat mazmumah dalam diri. maka, saya menyeru kepada anda agar tidak mengikut jejak langkah saya. maka, saya rasa dah cukuplah saya guna perkataan maka, STOP!


disebabkan saya tahu saya akan tension dihari sabtu, maka eh tak 'so' saya pun menyantai diri saya semalam.


ini lah cara saya bersantai, bergambar-gambar. bajet cumel sedunia...jom ikut saya.
















ini sebanarnya bukan sengaja-sengaja datang sini hanya tuk bajet-bajet cumel. tapi alang-alang keluar cari barang..maka.so, singgah la  kat sini.



itu adik saya, pantang kalau saya nak keluar mesti nak ikut. maka so, saya paksa dia jadi tukang gunting eh tak tukang tekan butang kamera.

see! lepas guna Vitamin C Fellina...muka saya ada perubahan la..alhamdulillah.


ok! rasanya saya perlu laksanakan kerja saya di belakang laptop ni.


babai...papai.....











LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Angel and Memorial tickers