Wednesday 30 January 2013

Tak Bernasib Baik


assalamualaikum....
saya tengah mengalami sindrom kemalasan yang melampau. bangun pagi malas, nak pegi keje malas, nak make up malas, nak bawak kereta malas, dah sampai ofis, nak buat keje pulak malas, nak makan malas, nak bukak blog lagi la malas, tapi malas-malas pun nak tulis jugak. Arrrgghhhh...saya memang macam ni.

hari ni saya lagi la rasa sangat malas...gara-gara saya kecewa. semalam saya terima surat panggilan interview yang pertama untuk tahun ni.


jawatan pembantu pertahanan awam...ah! tak kesahlah nak try gak. mane tau ada rezeki. tapi sayangnya tengok tengok dah lepas dah tarikh interview tu. 21hb Jan 2013. Aiyoooo...harini dah brape hari bulan dah. sakit hati sangat. apasal la surat ni baru sampai.



tapi sangat pelik. selalunya...sebelum ni SPA akan hantar SMS & email pasal interview. Tapi untuk kali ni, saya tak terima apa-apa pun. Lagi saya rasa sakit hati, sebab saya ni tiap -tiap hari semak saya punya status permohonan. taip kali saya semak, tak ada pun panggilan interview tu. Hairan sangat.

pagi tadi, saya cuba call SPA, saya cuma nak kepastian. nasib baik, yang jawab call tu layan saya dengan baik dan terangkan dengan baik. Katanya Pihak SPA akan SMS & Email kepada setiap pemohon yang dapat panggilan. Katanya setiap pemohon tak boleh harapkan surat jer, sebab urusan pos diluar tanggungjawab mereka. malangnya bila saya cakap, saya tak terima sms ataupun email, dia cakap silap saya sebab tak semak di laman web. Katanya lagi, saya perlu tunggu kekosangan baru jika berminat nak mohon jawatan tu lagi. padahal, hari-hari saya semak, tak ada pun nama saya.

tapi tak pe lah, saya pun malas nak cakap banyak, saya redha je la. lagipun jawatan ni macam tak sesuai je dengan saya. macam perlu lasak-lasak. harap-harap sangat benda ni tak kan berlaku lagi untuk permohonan yang lain-lain. mintak jauh sangat-sangat.

rezeki tak kan datang jatuh bergolek-golek...usaha lagi!

caiyok!


babai...papai...





Tuesday 29 January 2013

Pra perkahwinan la pulak....


salam

Apa sebenarnya Pra Perkawinan ni? yang aku tau, bila artis nak kawin, orang orang femas nak kawin, mesti ada gambar pra perkahwinan. ingatkan sekolah jer ada pra, Pra sekolah, Pra-U, rupanya nak kawin pun boleh ber pra-pra. macam- macam trend sekarang ni. agaknya orang amik gambar atau video Pra kawin ni mungkin untuk maklumkan pada orang lain yang dia nak kawin, tak pun sebagai satu memori cinta diorang.boleh la tunjuk kat anak cucu nanti. orang dulu-dulu lau kawin Pra Kawin diorang mungkin, belajar masak, belajar mengaji, dan segala-galanya tentang rumahtangga. 







sweet ke gambar-gambar pra kawin ni? boleh ke nanti nak tunjuk kat cucu cicit gambar atuk nenak masa sebelum kawin macam ni. mesti tak tergamak kan. Pada saya, benda-benda macam ni tak buat pun tak apa. lagipun tak wajib kan. habis masa, habis duit.
tapi kalau nak buat jugak pra-pra ni, boleh jer...tak salah pun. tapi kena la bergambar seperti orang belum kawin. bukannya macam dah kawin. Kan?



apa-apa pun, semua terpulang pada diri, yang penting kita sedar apa yang kita buat.


credit kpd tuan punya gambar


babai...papai





Thursday 24 January 2013

Biodata & Sejarah Ringkas Nabi Muhammad S.A.W

 
BIODATA RASULULLAH S.A.W:

1. Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim

2. Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yangmenyerang kota Mekah)

3. Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah

4. Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim

5. Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf

6. Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)

7. Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)

8. Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)


 
SEJARAH RINGKAS RASULULLAH S.A.W:

USIA 5 TAHUN
* Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di
dalamnya.

USIA 6 TAHUN
* Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
* Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
* Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
* Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
* Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
* Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
* Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
* Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
* Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
* Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
* Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
* Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
* Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
* Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
* Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
* Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
* Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
* Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
* Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W
1. Khadijah Binti Khuwailid
2. Saudah Binti Zam’ah
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
7. Zainab Binti Jahsy
8. Maimunah Binti Harith
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
10.Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH S.A.W
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’

Nabi Muhammad s.a.w juga mendapatkan julukan Abu al-Qasim yang bererti "bapak Qasim", kerana Nabi Muhammad s.a.w pernah memiliki anak lelaki yang bernama Qasim iaitu anak baginda bersama Khadijah, tetapi ia meninggal dunia sebelum mencapai usia dewasa.
 
~Salam maulidul rasul~
 
 
 

Saturday 19 January 2013

cuti di ombak


salam...

cuaca hari ni kembali mendung, smalam hujan sebelah pagi, arini pun sama. ops..bukan nak buat entri laporan cuaca ye. 


walaupun cuaca tak menentu, sempat jugak saya berlepak-lepak kat sini. ombak macam ni sorang pun tak ada yang berani nak mandi. tapi orang tetap ramai, mungkin sebab boring tak tahu nak kemana di hari cuti. selalunya famili la. bawak anak-anak jalan-jalan..makan-makan..best kan?



tapi apa yang tak bestnya kat sini, sampah...merata-rata..ntah la. macam tak ada orang nak jaga kebersihan tempat ni. patutnya tempat tumpuan macam ni kena la ada kemudahan yang sepatutnya. tapi banyak juga kerosakan yg disebabkan banjir hari tu.
kita yang datang untuk tenangkan fikiran pun jadi macam makin serabut. ni semua salah kita. kalau kita jaga sikap kita, mungkin benda-benda macam ni tak berlaku. kan?


 tapi suasana yang sejuk ditemani pisang goreng panas bersaksikan ombak rindu, memang best sangat. sampaikan terlupa nak ada game bola kegemaran kita. Kelantan vs Felda. Patut la masa dalam perjalanan balik,kita  tengok setiap kedai makan ramai orang. rupanya depa tengah layan bola.
hmmm...yang xbestnya. seri :( adik kita pulak kemain nak singgah kat kedai nak join tengok bola. tapi ssegan pulak sebab ramai sangat jejaki... last-last terus balik umah je.


 
adik



ok...babai ombak...next week jumpa lagi....

 babai...papai.....




Thursday 17 January 2013

Dalam kenangan

salam


entri ketinggalan:)
tahun 2012 dah berlalu berhari-hari, tapi saya baru nak buat entri tahun baru. 2012 banyak sangat kenangan. awal tahun lalu sekitar januari dan Feb saya berusaha nak buat pinjaman kereta. masih ingat lagi susah payah buat loan sana sini, biasa la kerja swasta kan. bank pulak banyak songeh. tapi berkat usaha, Allah permudahkan jalan, lastly bulan April lulus jugak. alhamdulillah...dapat jugak merasa punya kereta sendiri walaupun kereta kecik jer dan alhamdulillah dapat bayar bulan-bulan tanpa masalah.



MEi-family saya sibuk sangat nak buat persiapan perkahwinan kakak saya. waktu tu punya la bnyak benda yang kami perlu buat. almaklumlah family saya jarang buat kenduri, kiranya ini kali ke 2 nak buat kenduri besar-besaran. tapi apa yang seronoknya pada bulan mei ini, saya ditakdirkan bertemu dengan seorang lelaki yang kini dah jadi orang yang sangat-sangat penting dalam hidup saya. sangat tak sangka perkenalan yang tak disengajakan boleh sampai ketahap yang saya tak jangka.





sekitar julai, ogos, sept & oktober banyak sangat panggilan interview govermnt yang saya dapat. tapi sayang seribu kali sayang satu pun saya tak berjaya. sob...sob.. saya sangat kecewa. tapi apa yang saya mampu fikirkan mungkin semua itu bukan rezeki saya. kita hanya mampu berusaha dan meminta bantuan, selebihnya hanya Dia yang berkuasa. saya redha. Namun apa-apa pun saya harap, tahun ini masih ada peluang buat saya.



hok aloh...lupa saya tengah keja la....

sambung lain kali...


babai........


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Angel and Memorial tickers