Thursday 29 September 2011

selamat bertunang sayangku





salam
kepada temanku
selamat bertunang & semoga kau berbahagia 

aku mintak maaf kerana aku tau panggilan telefon dari aku
sejak minggu lepas semestinya menganggu hidup mu
aku tak tau! sungguh! aku tak tau yang kau telah bertunang
jika aku tau pasti tak akan tahan diri aku tuk hubungi kau
aku tak sangka persahabatan kite akhirnya terlerai macam ni je
langsung tak ade makna ke pada kau??
dimana silap aku? sampai kau begitu sombong pada aku.
sejak aku dah bertukar kerja kat sini
ingatan aku pada kau makin kuat
automatik!! tiap kali aku lalu kat kawasan kampung kau
aku akan ingat kau. aku ingat persahabatan kite.
sebab tu sejak minggu lepas aku cuba hubungi kau
tapi
setiap panggilan aku tak pernah kau jawab

temanku
tau kah kau...sejak minggu lepas jugak aku suke 
sangat dengar lagu ni



menyendiri lagi
menyendiri lagi
di saat kau tinggalkan diriku pergi.....


tiap kali drive
lagu ni la yang aku dengar
kadang-kadang rase nak nangis jer
tapi aku tahan jugak

teman ku
kau tahu tak semalam ntah kenapa aku
asyik pikir pasal kau jer
sampai kan pagi tadi
aku bangun lewat...masuk keje pun lewat
ni semua gara-gara aku mimpikan kau
sumpah! aku tak tipu..aku memang mimpikan kau
benar lah ade orang pernah cakap kat aku dulu
lau kite pikrkan seseorang sebelum tido
mesti kite akan termimpikan die

dan buktinya semalam aku termimpikan kau
dalam mimpi tu kite berjumpa
kau datang pada aku
dalam mimpi tu jugak kite hepi sangat
tapi keadaan kau mase tu teruk
kau sakit!

bile aku teringatkan mimpi tu
aku jadi risau
aku terpikir betul ke kau tengah sakit
harap-harap kau baik-baik jer

rupenya-rupanya tuhan nak bagi petunjuk
bile aku bukak fb tadi
masyaallah!!tuhan maha kaya
kau dah bertunang rupanya

lepas tu aku cube hubungi kau
aku cume nak ucapkan tahniah
alhamdulillah..kau jawab panggilan aku
tapi
kau lain...lain sangat..kau cakap macam aku bukan kawan kau
kau terus cakap kau sibuk
mulut aku lak rase macam berat sangat nak ucap perkataan
tahniah

aku terus letak dan aku decide ni adalah
panggilan terakhir dari aku
lepas ni aku tak akan hubungi kau lagi
kau dah tak anggap aku kawankau
kau dah tak perlukan aku
 
dah tak ade ape-ape lagi yang perlu aku pikirkan
kebahagian itu hak kau



akhir kata....
temanku
maafkan aku kerana pernah menyimpan perasaan sayang
lebih dari seorang teman terhadap mu
maafkan aku!
akan ku cube pujuk hatiku agar hilangakn perasaan ini
insyaallah aku janji!


selamat bertunang
aku akan sentiasa mendoakan kebahagian kau







ok



babai...papai





Wednesday 28 September 2011

Bini Biniku Gangster Full Movie


salam

filem Bini Biniku Gangster ni dah kuar kat pawagam
bile baca je sinopsis cite ni rase 
macam tak sabor jer nak nengok
ade  sape-sape tak yang nak ajak aku
pi tengok cite ni



sinopsis Bini Biniku Gangster

Bini Biniku Gangster Manja dan Herry adalah sepasang suami isteri
yang sangat romantik dan saling sayang menyayangi. 
Bagi Herry, Manja adalah seorang isteri dan suri rumah yang baik. 
Sedaya upaya Manja cuba menyembunyikan identitinya
sebagai seorang ketua kumpulan gangster. 
Dipejabat, Herry kerap dibuli oleh Mat Saja, 
tetapi setiap kali Herry dibuli pasti Mat Saja akan menerima balasannya. 
Perkahwinan mereka yang sudah berusia 2 tahun itu masih 
 belum dianugerahkan anak disebabkan Manja yang pernah
mengalami kecederaan perut akibat kisah silam, membuatkan
Manja berasa serba salah lalu cuba mencarikan seorang isteri 
yang boleh memberikan anak untuk suaminya yang tersayang. 
Ia juga adalah untuk mengalih perhatian Herry dari mengetahui
aktiviti luarnya yang semakin sibuk setelah bergelar ketua kawasan,
tambahan pula kawasannya kerap diganggu oleh musuhnya Min Siam.

Manja melamar Reanna, rakan sepejabat Herry yang baru untuk 
menjadi madunya. Walaupun redha dengan perkahwinan 
suaminya yang baru, jauh disudut hatinya perasaan cemburu 
melihat kemesraan Reanna dan Herry. Maka berlakulah 
perang dingin antara Manja dan Reanna dirumah. Sedang 
mereka asyik bergaduh, tiba – tiba Herry menghilangkan diri. 
Kedua dua madu itu berusaha mencari Herry di merata tempat, 
Manja bergegas ke tempat musuhnya iaitu Min Siam, kerana 
khuatir Herry diculik ahli kumpulan Min Siam.


lu langsi wa kawin lagi
ok

lau nak download filem ni boleh klik kat bawah


bini bini ku gangster


 
tak bole klik?


cer try lagi


lagi



lagi



aiyooo...lu ni mau barang free je eh



dah

dah

dah


memang confirm tak bole download

meh kite pi panggung


jom






p/s: uwaaaaaaaaa...kt KB tak de panggung la...


ok



babai....papai



Monday 26 September 2011

Bahagia Di sini



salam

rindunya kat belog
dah lame tak membebel kat sini
meluahkan ape yang terbuku dan terpendam di hati
sejak dah tukar kerjaya ni
belog dah tak jadi keutamaan aku
bukan aku dah tak sayang tapi masa yang tak mengizinkan
keja baru ni jadual keje memang padat sangat

hari-hari kena mengadap akaun
kadang-kadang rase pening nengok nombor-nombor ni
kata orang
 
hujan emas negeri orang
hujan batu negeri sendiri

tapi hujan batu jugak jadi pilihan
alhamdulillah aku bersyukur sangat
rupenya keputusan yang aku buat tuk terima tawaran kerja kat sini
adalah pilihan yang terbaik tuk diri aku
mostly..hidup aku dah makin stabil
cume 2 benda jer yang lum tercapai
 insyaallah..akan ku usahakan sekuat mungkin

satu
kereta idaman aku
walaupun sekarang bos dah bagi kereta company
tapi tak sama
nak jugak punya kereta sendiri


keduanya lak
suami 
heehehe
rase macam nak.....ops!!cukup!cukup

lupe..lum cukup umur lagi la...
 
 
 
ok
babai...papai





 
 

Sunday 18 September 2011

keyword terhangat

salam


nak share dengan korang ni
sejak aku post entri download hantu bonceng
fulamak...trafik meningkat mendadak
lau nak bandingkan dengan sebelum ni

ni mesti la sebab keyword download hantu bonceng tu
tengah meletop sekarang


lau tak caye
ni aku bagi bukti




ok!



dah caye kan?



babai...papai






Saturday 17 September 2011

Anti dengan Kaki Bising dot com


salam


nak tulis entri jahat ni
amat jeles sangat dengan blog kaki bising
setiap kali bukak blog die
mesti berpuluh-puluh orang
duk tengah skodeng blog die

aish...tak bole jadi ni
nak jugak jadik cam die
mesti korang dah kenal kaki bising tu sape kan
lau korang bukak 
korang akan dihidangkan macam-macam 
cerita menarik
dan jangan lupe lau dah terbuka
sila la like fanpagekaki bising jugak ye





kaki bising ni sebenarnya kawan lame saya
hehe*bangga sat





p/s: ingatkan mulut jer tau wat bising



ok


babai...papai













video Sambutan Hari Malaysia/merdeka 2011


salam


kepada korang-korang semua
yang tak sempat tengok video sambutan
hari malaysia & merdeka semalam
boleh la tengok kat sini



meriah wei










ok




babai...papai




Top 5 calon AIM18

salam

kepada peminat-peminat AIM 
kemuncak acara AIM18 akan diadakan pada 
12 november 2011
di stadium putra bukit jalil
juga esklusif di Astro Ria (saluran 104)

top 5 bagi setiap ketogari :

Artis Baru Terbaik
1) James Baum
2) Kyoto Protocol
3) Najwa
4) Project Pistol
5) Reza Salleh

Persembahan Vokal Terbaik di dalam Lagu (Artis Lelaki)

1) Anuar Zain - Sedetik Lebih
2) Azlan & The Typewriter - Jeritan Batinku
3) Reza Salleh - What The Hell Just Happened I'm Not Really Sure
4) Black - Sofea Jane
5) Tam Spider - Kitasatu

Persembahan Vokal Terbaik di dalam Lagu (Artis Wanita)

1) Anita Sarawak - Asmara
2) Jaclyn Victor - Noel
3) Najwa - How Long Must I Wait
4) Yuna - Penakut
5) Yuna - Gelora Jiwa

Persembahan Vokal Berkumpuan Terbaik di dalam Lagu

1) Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila Amzah- Beribu Sesalan
2) A.P.I - Pelita
3) Caipifruta - Mencecah Bujang Lapuk
4) Dayang Nurfaizah & Marcell - Sayang
5) In-Team - Salamun Salam 2

Kulit Album Terbaik - Pereka

1) Kasi Gegar Entertainment Sdn Bhd - Urusan Aizat Amdan (album) - Aizat Amdan
2) Aidi Idham - Lonely Boy Soldier (album) - Hujan
3) Subky Hj Bebit & Hafiz Mohtar Rasali - Bumi Akhir Usia (album) - Mirwana
4) Martojaks - Cherry Blossom Love (album) - Pop Shuvit
5) Zel Atif - Decorate (album) - Yuna

Rakaman Album Terbaik- Jururakam

1) Keith Yong & Nick Lee - Urusan Aizat Amdan (album) - Aizat Amdan
2) Adam Sofian - Indah (album) - Atilia
3) Ully Muhammad, Huzai, AG Coco - Lonely Soldier Boy (album) - Hujan
4) Audi Mok - Dewa (album) - Ning Baizura
5) Keith Yong - Realiza (album) - Reza Salleh

Video Muzik Terbaik - Pengarah (video muzik)

1) Ahmad Farish - Susun Silang Kata - Aizat Amdan
2) DJ CZA - Kotarayaku - Altimet feat Noh Hujan
3) Yusry Abdul Halim - Sedetik Lebih
4) Tan Chee Meng - Karma - Faizal Tahir
5) Ahmad Faris - Inspektor Remos - Hujan

Lagu Pop Etnik Terbaik - Komposer/Penulis Lirik

1) Joget Tak Senang Hati - Mihariz Yaakup/Azalea - Adibah Nor
2) Katakanlah - Amirah Ali/Amirah Ali - Amirah Ali
3) Santun Berpesan - Adi Akmal/Muhammad Devotees - Castury Feat Ayati Tasrip
4) Hambamu - Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim - Mawi & Akhil Hayy
5) Falsafah Laksmana - Zalee Redang/Zalee Redang - Zalee Redang

Lagu Nasyid Terbaik - Komposer/Penulis Lirik

1) Hadirnya Cahaya S.A.W - Abdul Halim Ahmad/Abdul Halim Ahmad - Devotees
2) Permata Hati - Syah Inteam/Syah Inteam - Nazrey Johani
3) Pedoman (V.O.U) - Johan Nawawi/Johan Nawawi, Shah Mohamed, Hafiz Tarmizi - Nora Feat VOU
4) Bebas Palestin - Nazrey Johani/Nazrey Johani, Fridzan - Rabbani, Inteam, Saujana, Nowseeheart
5) Pahlawan Gaza - Fridzan/Ahmad Fedtri Yahya - Saujana

Lagu Rock Terbaik - Komposer/Penulis Lirik

1) Pelita - Loque/Loque - A.P.I
2) Ekstravaganza - Sam/Bunkface - Bunkface
3) Pokok - Taja/Tun Teja - Meet Uncle Hussain feat Hazama
4) Wanita Seluruh Dunia - Boy Clifford/Boy Clifford - Project Pistol

Lagu Pop Terbaik - Komposer/Penulis Lirik

1) Beribu Sesalan - Kevin Chin/Tinta
2) Sungai Lui - Aizat & Anas/Aizat & Anas
3) Sedetik Lebih - Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim
4) Dengarkanlah - Acis/Sheila Majid
5) Penakut - Yuna Zarai/Yuna Zarai

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik

1) Year From Now - Aizat n Anas - Aizat
2) Innocent Soul - Najwa - Najwa
3) Got To Go - Najwa - Najwa
4) What The Hell Just Happened Im Not Really Sure - Reza Salleh - Reza Salleh
5) Stracciatella - Reza Salleh - Reza Salleh

Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan oleh Artis Luar Negara

1) Insya Allah - Maher Zain - Fridzan
2) Indahnya Cinta - Giring Rama - Giring Rama
3) Sahabat Selamanya - Padi - Padi
4) Ku Menunggu - Mery LC - Mery LC
5) Bunga Mimpi - Sandy Sondro - Sandy Sondro

Susunan Muzik Terbaik DI Dalam Lagu - Penggubah

1) Helen Yap - Asmara
2) Edry Abdul Halmi - Sedetik Lebih
3) AG - Jeritan Batinku
4) Syed Sharir Faisal Syed Hussain - Jeritan Batinku
5) Jenny Chin - Ku Mohon

Album Terbaik - Produser

1) Kevin Chin, Aylwin Snatiago, Paul Morrison n Irwan Simajuntak - 3 Suara
2) Kasi Gegar Entertainment Sdn Bhd - Urusan Aizat Amdan
3) Zain Almodzar - Sayang & Cahaya
4) Magada Entertainment Sdn Bhd - The Malaysian Philharmonik Orchestra Celebrater 25 Years of Sheila Majid
 
 
 
 
 
 
 
 

Thursday 15 September 2011

FREE DOWNLOAD HANTU BONCENG

Salam

korang dah tengok filem
Hantu Bonceng


lau belum
leh download kat sini






untuk download sila klik di bawah
 






UPDATE:
LAU TAK BOLEH BUKAK
TRY DOWNLOAD GUNA LINK KAT 
BAWAH NI PULAK

PART 1

PART 2




OK
babai...papai







Lisa Surihani & Yusri KRU beraya bersama

salam


nak share gambar raya
Lisa Surihani & Yusri KRU ni
saje nak bagi korang jeles
hihihi









ok

babai...papai

Tuesday 13 September 2011

Shah Jaszle bercinta dengan Miera Liyana


Tidak pernah menyangka akan bercinta dengan jejaka yang 
diminatinya sejak sekolah menengah, akui pelakon baru, 
Miera Liyana, semuanya berlaku secara tidak diduga.

Jelas Miera Liyana, dia bersyukur kerana tidak bertepuk sebelah tangan 
memandangkan aktor Shah Jaszle juga mempunyai perasaan sama dengannya.

"Saya kenal dia sejak 8 tahun lalu kerana kami bersekolah di tempat yang sama. 
Malah kami juga berjiran belakang rumah sahaja. Saya memang suka dia sejak 
dulu namun hanya menyimpan perasaan. Selepas habis sekolah lagilah 
tak bertemu dan terputus hubungan.

"Namun menerusi projek Luna Fantasia menemukan kami semula. 
Apabila disatukan dalam filem Rentaz pula akhirnya membuatkan
kami rapat," katanya membuka bicara mengenai percintaan mereka.

Senang dan selesa dengan keperibadiaan yang dimiliki oleh Shahz Jaszle, 
kata Miera Liyana, pakej yang ada pada kekasih hatinya itu membuatkannya tertawan.

"Saya selesa dengan dia kerana dia juga sempoi. Saya pun memang tak
sangka akan bercinta dengan dia. Tapi inilah takdir dan saya senang 
apabila bersamanya kini," ucapnya lagi.

Dalam pada itu, Miera Liyana turut ditanya mengenai gosip cintanya 
bersama seorang pelakon muda, Lash Mokhtar. Bahkan gambar mesra 
mereka berdua telah pun bertebaran di laman sosial.

Menafikan mereka bercinta jelas Miera Liyana, antara dia dan Lash 
hanya teman biasa.

"Dia hanyalah teman saya sahaja. Kami memang berkawan rapat dan 
antara kami memang tak ada apa-apa hubungan istimewa," katanya.



credit:murai

Bertahun-tahun Hidup Dalam Maksiat


salam

dewasa ini gejala maksiat semakin menjadi-jadi
cewah..macam nak wat esai lak
bukan ape sekarang ni isu maksiat aka zina
dan yang seangkatan dengannya ni
macam dah jadi topik wajib kat surat kaba
hari-hari !!

ini sebahagian yang dapat detect
cuma sebahagian!!...yang masih bebas kat luar tu
tak tau la berapa jumlahnya

dalam kes diorang ni aku tak pasti la
wanita ni jenis macam mane
sanggup naik moto semata-mata nak berasmaradana nga pasangan die
yang lebih menyedihkan lagi
dah bertahun-tahun depa wat benda haram ni


taktau kat mane silapnya
harap-harap masih ada keampunan tuk mereka


p/s: sape salah? mak bapak ka?org sekeliling ka? persekitaran ka? diri sendiri?





ok


babai...papaii

awek seksi


salam


ukurlah baju di badan sendiri













Sunday 11 September 2011

Earning bertambah...alhamdulillah

salam


entri ni khas tuk nuffnang
time kasih sesangat
arini dapat 1 lagi BE
maceh nuffnang...sayang kamo.



baik hati sungguh nuffnang ni
hehe


p/s; macam entri kipas-kipas jer




ok




babai..papai








Ramzul Zahini Adenan

salam

alhamdullah..hari ni berpeluang nak update blog
kesayangan ni
setelah berkurun-kurun lamenya
ditinggalkan
cewahhh..padahal baru bape hari daa...

ok! sebenarnya banyak cite nak kongsi ni
aku sebenarnya da tukar kerjaya
sekarang dah keje kat negeri tanah tumpah darahku
dah tak jadi perantau dah
yahooooo...
suke..suke..suke

aik...dah lari tajuk da..
ok, sebenarnya nak cite pasal Ramzul Zahini Adenan
tau tak sape? pemain bola la
aku kenal die masa tengok gambar die kat URTV
lepas tu baru perasan yang die ni pemain The Red Warrior


nak kenal tak.
ha..tengok gambar ni







ni latest punye




serba sedikit tentang beliau
nama: muhammad Ramzul Zahini adenan
tarikh lahir:11 dec 1987
nickname: rojo
jersey: 22


p/s: amacam? hensem tak pakwe saya


ok

babai...papai







Thursday 8 September 2011

Dapat Earning Nuffnang lagi...

salam

semenjak dua menjak ni banyak sangat perubahan yang
berlaku dalam hidup aku
sampaikan memang tak ada mase sangat nak update blog
nak blogwalking pun tak cukup masa
tapi,hati memang rindu sangat nak baca entri kalian semua
pagi tadi aku cuba gak curi mase bukak blog
tapi sekejap je..nak tulis entri memang tak sempat langsung

dan disebabkan lame sangat tak update
rase teringin sangat nak tau trafik blog sepanjang ketiadaan entri
herhhh..biasela...trafik semakin menurun
tapi yang terkejut amat earning pulak yang meningkat
mak oi...nuffnang kasi bonus raya agaknya.hehehe
maceh nuffnang...
ni yang wat aku kembali bersemangat nak berbelog ni







BE dah bertambah jadi tiga dah
suke..suke..suke





p/s: ada mase nanti akan bw puas-puas

ok


babai..papai





Monday 5 September 2011

maaf..saya tak dapat nak berblog



salam


maaf


saya dah tak dapat nak berbelog lagi



insyallah saya akan muncul


bile ada kesempatan nanti




p/s: maaf ini tuk diri sendiri sbb mane ade orng kesah pun saya 
update belog ataupun tak
kan?
sob..sob..sob



babai...papai










LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Angel and Memorial tickers