hai...kali ni nk kogsi info sikit
Setiap gadis pasti mengimpikan payudara yang sihat dan indah. jom semak antara punca payudara jadi tidak sihat seperti yang dinyatakan dalam 'GeniusBeauty'.
1. Berat badan yang turun naik secara mendadak
Berat badan naik adalah faktor terjadinya peregangan berlebihan pada kulit. Jika berat badan naik dan tiba-tiba menurun akan membuat kulit menjadi lembek dan menggeliat. Ini secara tidak langsung boleh membuat payudara tidak sihat dan kehilangan bentuk idealnya.
Wanita harus mengambil berat cara duduknya, kerana kebiasaan cara duduk yang salah boleh menyebabkan payudara melorot. Oleh karena itu, selalulah duduk dengan betul, kerana tidak hanya baik untuk tulang belakang, tetapi juga untuk kesihatan payudara.
3. Ukuran coli yang salah
Ketika memilih coli perkara yang paling penting adalah saiznya. Ukuran coli yang tidak tepat boleh membuat payudara tidak sihat. Coli yang terlalu ketat akan mengganggu perjalanan darah yang boleh menyebabkan terjadinya kanser payudara. Sedangkan coli yang longgar boleh mengakibatkan peregangan kulit, terutama bagi wanita yang memiliki payudara besar. Jadi pilihlah ukuran saiz yang tepat.
4. Mandi berendam di dalam air panas
Perlu diketahui bahawa air panas boleh membuat kulit kering dan hilang keanjalan kulit. Maka sebaiknya hindarilah berendam air panas dalam jangka waktu yang lama.
5. Sinar ultraviolet
Kebanyakan orang yang suka berjemur di pinggir pantai dengan menggunakan pakaian renang adalah untuk mendapatkan kulit berwarna kecoklatan. Namun sebenarnya cara tersebut adalah sangat berbahaya
untuk kesihatan payudara. Selain terbakar, berjemur juga boleh menyebabkan payudara kehilangan keanjalan kulit dan meningkatkan risiko terjadinya kanser payudara.
No comments:
Post a Comment