Wednesday, 2 November 2011

wanita yang baik untuk lelaki yang baik...lelaki yang baik untuk wanita yang baik....



Jangan katakan lelaki biasa, 
Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya.
Apa lagi yang tidak ada di syurga,
namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.
Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri.

 Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk
diluruskan oleh lelaki,tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus,
tak mungkin mampu nakmeluruskan mereka.
Tak lojik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka
dicipta sebegitu rupa oleh-Nya. 
Didiklah mereka dengan panduan dariNya.
JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA
DENGAN HARTA,
NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR.
JANGAN HIBURKAN MEREKA DENGAN
KECANTIKAN,
NANTI MEREKA SEMAKIN MENDERITA
 


Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah.
Kenalkan merekakepada Allah, zat yang kekal, itulah suisnya.

AKAL SETIPIS RAMBUTNYA, TEBALKAN
DENGAN ILMU.
HATI SEPARUH KACA, KUATKAN
DENGAN IMAN.
PERASAAN SELEMBUT SUTERA,
HIASILAH DENGAN AKHLAK.
 


Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan
keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak
jadi ratu cantik dunia, presiden, perdana menteri negara ataupun
women gladiator. 
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan.
Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih
sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang 
lembut itulah yang mengandung-kan lelaki-lelaki 
waja : negarawan, karyawan, jutawan dan " wan-wan" lain.
Tidak akan lahir superman tanpa superwoman.
Wanita yang lupa hakikatkejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak
menghiburkan.
Tanpa ilmu,iman dan akhlak, mereka bukan sahaja 
tidak boleh diluruskan bahkan mereka pula membengkokkan.
LEBIH RAMAI LELAKI YANG DIROSAKKAN
OLEH PEREMPUAN
DARIPADA PEREMPUAN YANG
DIROSAKKAN OLEH LELAKI.
SEBODOH-BODOH PEREMPUAN PUN
BOLEH MENUNDUKKAN
SEPANDAI-PANDAI LELAKI. 


Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal tuhan. Mereka tidak akan
kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki.

Kini bukan saja ramaiboss telah kehilangan secretary, bahkan anak
pun akan kehilangan ibu, suamikehilangan isteri dan
bapa akan kehilangan puteri.
Bila wanita durhaka dunia akan huru-hara. Bila tulang rusuk
patah,rosaklah jantung, hati dan limpa.
Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah
kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, 

PIMPINLAH DIRI SENDIRI DAHULU KEPADANYA
 Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan
jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita. 

JANGAN MENGHARAP ISTERI SEPERTI
SITI FATIMAH,
KALAU PERIBADI BELUM LAGI SEPERTI
SAYIDINA ALI.






5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. sangat2 betul. saya sokong 100%. suka ayat last tu. memang menusuk kalbu.

    ReplyDelete
  3. siapalah jodoh kita kan..?????

    ReplyDelete
  4. Hurmmmm....F ckp "kia mcm kawan" je... xpe..yg penting dia dh tau...lega cket..hahahhhah

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Angel and Memorial tickers