Thursday 29 September 2011

selamat bertunang sayangku





salam
kepada temanku
selamat bertunang & semoga kau berbahagia 

aku mintak maaf kerana aku tau panggilan telefon dari aku
sejak minggu lepas semestinya menganggu hidup mu
aku tak tau! sungguh! aku tak tau yang kau telah bertunang
jika aku tau pasti tak akan tahan diri aku tuk hubungi kau
aku tak sangka persahabatan kite akhirnya terlerai macam ni je
langsung tak ade makna ke pada kau??
dimana silap aku? sampai kau begitu sombong pada aku.
sejak aku dah bertukar kerja kat sini
ingatan aku pada kau makin kuat
automatik!! tiap kali aku lalu kat kawasan kampung kau
aku akan ingat kau. aku ingat persahabatan kite.
sebab tu sejak minggu lepas aku cuba hubungi kau
tapi
setiap panggilan aku tak pernah kau jawab

temanku
tau kah kau...sejak minggu lepas jugak aku suke 
sangat dengar lagu ni



menyendiri lagi
menyendiri lagi
di saat kau tinggalkan diriku pergi.....


tiap kali drive
lagu ni la yang aku dengar
kadang-kadang rase nak nangis jer
tapi aku tahan jugak

teman ku
kau tahu tak semalam ntah kenapa aku
asyik pikir pasal kau jer
sampai kan pagi tadi
aku bangun lewat...masuk keje pun lewat
ni semua gara-gara aku mimpikan kau
sumpah! aku tak tipu..aku memang mimpikan kau
benar lah ade orang pernah cakap kat aku dulu
lau kite pikrkan seseorang sebelum tido
mesti kite akan termimpikan die

dan buktinya semalam aku termimpikan kau
dalam mimpi tu kite berjumpa
kau datang pada aku
dalam mimpi tu jugak kite hepi sangat
tapi keadaan kau mase tu teruk
kau sakit!

bile aku teringatkan mimpi tu
aku jadi risau
aku terpikir betul ke kau tengah sakit
harap-harap kau baik-baik jer

rupenya-rupanya tuhan nak bagi petunjuk
bile aku bukak fb tadi
masyaallah!!tuhan maha kaya
kau dah bertunang rupanya

lepas tu aku cube hubungi kau
aku cume nak ucapkan tahniah
alhamdulillah..kau jawab panggilan aku
tapi
kau lain...lain sangat..kau cakap macam aku bukan kawan kau
kau terus cakap kau sibuk
mulut aku lak rase macam berat sangat nak ucap perkataan
tahniah

aku terus letak dan aku decide ni adalah
panggilan terakhir dari aku
lepas ni aku tak akan hubungi kau lagi
kau dah tak anggap aku kawankau
kau dah tak perlukan aku
 
dah tak ade ape-ape lagi yang perlu aku pikirkan
kebahagian itu hak kau



akhir kata....
temanku
maafkan aku kerana pernah menyimpan perasaan sayang
lebih dari seorang teman terhadap mu
maafkan aku!
akan ku cube pujuk hatiku agar hilangakn perasaan ini
insyaallah aku janji!


selamat bertunang
aku akan sentiasa mendoakan kebahagian kau







ok



babai...papai





3 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Angel and Memorial tickers