Tidak pernah menyangka akan bercinta dengan jejaka yang
diminatinya sejak sekolah menengah, akui pelakon baru,
Miera Liyana, semuanya berlaku secara tidak diduga.
Jelas Miera Liyana, dia bersyukur kerana tidak bertepuk sebelah tangan
memandangkan aktor Shah Jaszle juga mempunyai perasaan sama dengannya.
"Saya kenal dia sejak 8 tahun lalu kerana kami bersekolah di tempat yang sama.
Malah kami juga berjiran belakang rumah sahaja. Saya memang suka dia sejak
dulu namun hanya menyimpan perasaan. Selepas habis sekolah lagilah
tak bertemu dan terputus hubungan.
"Namun menerusi projek Luna Fantasia menemukan kami semula.
Apabila disatukan dalam filem Rentaz pula akhirnya membuatkan
kami rapat," katanya membuka bicara mengenai percintaan mereka.
Senang dan selesa dengan keperibadiaan yang dimiliki oleh Shahz Jaszle,
kata Miera Liyana, pakej yang ada pada kekasih hatinya itu membuatkannya tertawan.
"Saya selesa dengan dia kerana dia juga sempoi. Saya pun memang tak
sangka akan bercinta dengan dia. Tapi inilah takdir dan saya senang
apabila bersamanya kini," ucapnya lagi.
Dalam pada itu, Miera Liyana turut ditanya mengenai gosip cintanya
bersama seorang pelakon muda, Lash Mokhtar. Bahkan gambar mesra
mereka berdua telah pun bertebaran di laman sosial.
Menafikan mereka bercinta jelas Miera Liyana, antara dia dan Lash
hanya teman biasa.
"Dia hanyalah teman saya sahaja. Kami memang berkawan rapat dan
antara kami memang tak ada apa-apa hubungan istimewa," katanya.
credit:murai
jelez ..ahhaha
ReplyDeletehehe..hihi
ReplyDeleteala keciwa :(
ReplyDelete