Wednesday, 29 May 2013

Banyak Sangat

salam

tak tahu nak selesaikan yang mana dulu. Bila dihitung-hitung banyak jugak benda yang saya tak setelkan. hari tu..dah lama dah sebenarnya... kad atm cimb rosak, tak tahu la kenapa, merajuk agaknya sebab duit banyak sangat, haha. tak sempat-sempat lagi nak gi bank, nak betulkan kad tu. paham-paham ler, kalau duit terlampau banyak, cenggitu la, rosak pun rosak la.


lepas tu, nak buka akaun amanah saham kat pos malaysia, tak jugak buat-buat lagi. padahal tiap-tiap minggu gi pejabat pos. tapi adalah jugak usaha, pegi la amik borang, dah isi dah. submit je tak lagi. kononnya nak menabung la kat situ. tapi sen pun tak da. sob..sob...



lepas tu, i/c pulak rosak. herh! macam-macam hal. tak nak buat tak boleh pulak. sebab tu benda yang sangat penting kan. rupenya...eleh satu hari jer dah boleh siap.









jeng...jeng..jeng...lawa tak? lawa tak? hoi...jangan pandang lama-lama. malu i. nasib baik jugak la yang lama tu rosak, merasa la dapat yang baru, kalau tak, memang tak la kita sesaje nak pegi tukar ic tu.
bukan apa, kekadang urusan dengan gov ni leceh sikit. nak kena buat itu, buat ini. yela...dah prosedur memang macam gitu, tak boleh salahkan diorang kan. tapi itu la, sebab M A ma L AS las = malas punya pasal






korang!!!agak-agak gambar kat atas tu, layak tak kita apply jadi model. haha...perasan! tak cukup inci pun ada hati. tak la wei, bukan apa, tengok gambar tu nampak macam tinggi jer. hehhh...senyum. tak perlu kata apa-apa.

ok la...dah pukul 5, gua nak pulang.

sudikan la tekan like fb mak cik kat bawah ni ye. tak kena bayar pun. nak beli jer baru kena bayar.hihi

#yang dah buat payment semalam, saya dah pos ye.



4 comments:

  1. akak pun nak tukar ic baru nih..dah rosak dh..lagipun gambar kat ic lama tak cantik..ekekek

    ReplyDelete
    Replies
    1. elok sgt la kak pegi tukar, yg baru ni gmbr lain sikit...mcm gmbr edit jer.hihi

      Delete
  2. saya kdg2 cip tuh ok kdg2 g bank ada yang tak ok, tp tak tukar2 lg. nanti2 diorg kata tak bleh detect baru g tukar kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...nk tggu xboleh detect dulu ea? 1hari je blh siap yg baru tu.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...