Wednesday, 30 January 2013

Tak Bernasib Baik


assalamualaikum....
saya tengah mengalami sindrom kemalasan yang melampau. bangun pagi malas, nak pegi keje malas, nak make up malas, nak bawak kereta malas, dah sampai ofis, nak buat keje pulak malas, nak makan malas, nak bukak blog lagi la malas, tapi malas-malas pun nak tulis jugak. Arrrgghhhh...saya memang macam ni.

hari ni saya lagi la rasa sangat malas...gara-gara saya kecewa. semalam saya terima surat panggilan interview yang pertama untuk tahun ni.


jawatan pembantu pertahanan awam...ah! tak kesahlah nak try gak. mane tau ada rezeki. tapi sayangnya tengok tengok dah lepas dah tarikh interview tu. 21hb Jan 2013. Aiyoooo...harini dah brape hari bulan dah. sakit hati sangat. apasal la surat ni baru sampai.



tapi sangat pelik. selalunya...sebelum ni SPA akan hantar SMS & email pasal interview. Tapi untuk kali ni, saya tak terima apa-apa pun. Lagi saya rasa sakit hati, sebab saya ni tiap -tiap hari semak saya punya status permohonan. taip kali saya semak, tak ada pun panggilan interview tu. Hairan sangat.

pagi tadi, saya cuba call SPA, saya cuma nak kepastian. nasib baik, yang jawab call tu layan saya dengan baik dan terangkan dengan baik. Katanya Pihak SPA akan SMS & Email kepada setiap pemohon yang dapat panggilan. Katanya setiap pemohon tak boleh harapkan surat jer, sebab urusan pos diluar tanggungjawab mereka. malangnya bila saya cakap, saya tak terima sms ataupun email, dia cakap silap saya sebab tak semak di laman web. Katanya lagi, saya perlu tunggu kekosangan baru jika berminat nak mohon jawatan tu lagi. padahal, hari-hari saya semak, tak ada pun nama saya.

tapi tak pe lah, saya pun malas nak cakap banyak, saya redha je la. lagipun jawatan ni macam tak sesuai je dengan saya. macam perlu lasak-lasak. harap-harap sangat benda ni tak kan berlaku lagi untuk permohonan yang lain-lain. mintak jauh sangat-sangat.

rezeki tak kan datang jatuh bergolek-golek...usaha lagi!

caiyok!


babai...papai...





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...