Saturday, 19 January 2013

cuti di ombak


salam...

cuaca hari ni kembali mendung, smalam hujan sebelah pagi, arini pun sama. ops..bukan nak buat entri laporan cuaca ye. 


walaupun cuaca tak menentu, sempat jugak saya berlepak-lepak kat sini. ombak macam ni sorang pun tak ada yang berani nak mandi. tapi orang tetap ramai, mungkin sebab boring tak tahu nak kemana di hari cuti. selalunya famili la. bawak anak-anak jalan-jalan..makan-makan..best kan?



tapi apa yang tak bestnya kat sini, sampah...merata-rata..ntah la. macam tak ada orang nak jaga kebersihan tempat ni. patutnya tempat tumpuan macam ni kena la ada kemudahan yang sepatutnya. tapi banyak juga kerosakan yg disebabkan banjir hari tu.
kita yang datang untuk tenangkan fikiran pun jadi macam makin serabut. ni semua salah kita. kalau kita jaga sikap kita, mungkin benda-benda macam ni tak berlaku. kan?


 tapi suasana yang sejuk ditemani pisang goreng panas bersaksikan ombak rindu, memang best sangat. sampaikan terlupa nak ada game bola kegemaran kita. Kelantan vs Felda. Patut la masa dalam perjalanan balik,kita  tengok setiap kedai makan ramai orang. rupanya depa tengah layan bola.
hmmm...yang xbestnya. seri :( adik kita pulak kemain nak singgah kat kedai nak join tengok bola. tapi ssegan pulak sebab ramai sangat jejaki... last-last terus balik umah je.


 
adik



ok...babai ombak...next week jumpa lagi....

 babai...papai.....




1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...