Tuesday, 25 February 2014

Saya di sini!!!

salam

sangat lama saya tak berbelog kan? terasa amat janggal sekali untuk terus menaip. ini pun sign in sign out berkali-kali sebab rasa macam malu-malu jer. rasa macam first time pulak nak menulis kat sini. hari ni kiranya saya buat come back la ye.. hahaha






Nahhh! kasi gambar "hai hai" sekeping.  sebenarnya rasa macam bersalah jer...eh tak rasa macam rugi jer. kawan-kawan seperjuangan (kawan blog) dah hilang..dah lama tak say hai hai. Ini mungkin sebab saya punya perangai yang tak meneruskan silaturahim itu disebabkan menyepikan diri dari dunia blog. haa..gituuuu.

so...kepada awak- awak sori la ye kalau saya dah lama tak jenguk awak punya blog ye. insyaallah jika diberi kesempatan, tahun ni saya akan kembali berbelog. boleh???

Pada saat entri ni di taip..saya telah menjadi "blogger" selama 2tahun7bulan2minggu5hari ok. but now...uoullsss jangan tanya saya apa yang saya dapat selama tempoh tersebut. Adakah jadi kaya? terkenal? digilai? or macam-macam lagi. Sebab....gua tak dapat pun semua tu. semua tu bukan matlamat gua beb! gua buat blog untuk anak cucu cicit gua baca nanti. hahaha...kemain.

Dewasa ini...(ceh!!...mcm nak buat esei) saya tengok banyak sangat blog-blog baru. sampaikan tak tertengok pun dah tahu banyak. orang berblog ni macam-macam tujuan. nak dapat duit la, nak cari kawan, nak famous la dll(macam buat nota sejarah masa sekolah dulu). kalau yg nak kejar duit/ famous tu saya yakin sangat anda tak akan jumpa keseronakan anda atau kepuasan hati anda dalam dunia blog. Ingat tu beb!!!

sambung next time.....chauuu!!!

assalamualaikum...



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...