Monday 19 May 2014

Bila rasa nak berhenti kerja..

salam

bila masalah mula mendatang, bila hati rasa tak senang, bila tekanan menguasai diri. satu je yang terpikir "BERHENTI KERJA". ikutkan hati nak je hantar surat resign. tapi bila fikir pasal hutang kereta, hutang PTPTN...kawin. terus koyak balik surat. seksa jadi kuli orang ni.

tak ada ke bos dalam dunia ni yang boleh memahami pekerja dia ye. asal kalau jadi bos je mesti nak mengarah itu ini sesedap hati dia. bukan nak kutuk-kutuk bos.. tapi cuma nak sangat bos paham kita.

saya di arahkan buat kerja yang bukan kerja saya. sakit hati sangat. rasa macam nak je bagi senarai tugas saya atas meja bos. lepaskan cakap kat bos " bos, sila semak senarai tugas saya dulu sebelum arahkan saya buat kerja". lepastu  buat note sikit tulis " untuk makluman sebarang kerja yang tidak berkaitan tidak akan di layan". mampu ker??? dah sah-sah la tak akan buat kan macam tu. kan?

so, apa yang perlu saya buat. berhenti kerja cari kerja lain? argghhhh....tapi bukan senang nak cari kerja lain...

ya allah...bantu la hamba mu ini...aku penat ya tuhan.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Angel and Memorial tickers