Monday, 5 November 2012

simpati kepada sahabat saya


salam november

lagi sebulan lebih dah nak masuk tahun baru
saya agak kecewa sebab temuduga yang saya
jalani tak berjaya
dah banyak kali gagal
tapi saya anggap semua ni sebab bukan rezeki saya
saya dah berusaha semampu yang mungkin tapi 
segala-galanya tuhan yang tentukan
 
jadi saya masih disini
berkhidmat di sini
habis cuti hari raya aidiladha lepas
sahabat saya diberhentikan kerja
kesian sangat dah la die ada anak yang perlu ditanggung
tiba-tiba jer bos berhentikan dia
3 tahun dia berkhidmat tak menjanjikan apa-apa
malah die di buang begitu sahaja
 
abis macam mana dengan saya bos?
sungguh...kadang-kadang saya risau gak
mane la tau lepas ni saya pulak yang akan diberhentikan
almaklumlah
bukan senang nak dapatkan kerja sekarang
 
bila difikir-fikir macam tak patut la dia diperlakukan begitu
diminta sign surat berhenti tanpa apa-apa notis
 
 
 
yang berkuasa tetap berkuasa
dan 
yang lemah pasti akan rebah
 
 
ya tuhan permudahkan aku dalam mencari rezeki mu
 
p/s: sangat berharap untuk berkhidmat untuk kerajaan
 
 
 
babai
 
 
 

1 comment:

  1. Tak patut kawan tu di berhentikan cm tu jea tanpa alasan dan ganti rugi,,zalim namanya tu..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...