Saturday, 20 September 2014

Putaran Hidup

Salam

Hebatnya cabaran dunia. ada kalanya kita gembira, ada kalanya kita sedih. ada kalanya kita tenang, ada kalanya kita bermasalah. hakikatnya itu la dunia. benda ni akan sentiasa ada selagi kita bergelar manusia yang waras!

semalam saya sedih..ada masalah dengan encik tunang dan kereta pulak buat hal. tibe-tibe je rosak. saya menangis. tapi hari ni saya gembira. dari pagi sampai petang, ada je hal yang mengembirakan hati.

itu la namanya SEBUAH KEHIDUPAN!




Ada kalanya, kita perlu korbankan perasaan sendiri demi kehendak orang lain, Ada kalanya orang tak hargai pun pengorbanan kita.

Ada kalanya kita menyimpan rasa terkilan demi memuaskan hati orang lain. Ada kalanya orang nampak kesalahan kita, tapi tak nampak puncanya dari dia.

Ada kalanya kita akan merasa letih atas semua ni.
Namun, akan ada suatu ketika, kebenaran akan terbuka hanya jika Sabar adalah pilihan kita.


ok..bye




Sunday, 17 August 2014

Review : Majlis Pertunangan

salam

31/5/2014 menjadi tarikh yang amat bermakna dalam hidup saya. menjadi tunangan orang pada usia 25tahun. tanpa di sangka sebenarnya. 2tahun berkenalan...akhirnya impian kami bakal terlaksana.hujung bulan mac tarih ditetapkan, jadi saya ada masa lebih kurang 2bln untuk buat persiapan. tapi yang kelam kabutnya 3minggu sebelum majlis baru saya tergesa-gesa. heeee....review ni pun sy buat tuk rujukan mane-mana bakal tunangan orang.baik kan saya.



Mini Pelamin
benda yang pertama sekali terlintas kat pikiran. mula-mula nak tempah kat bridal, tapi mak aii mahal giler. kalau tak da rm500-rm700 jangan bermimpi la. keluarga semua cakap tak berbaloi. lastly saya sewa kain & bunga. yang lain-lain DIY ler.

Bantal Pelamin
bantal warna hijau tu saya beli. harga lebih kurang rm12.00 satu. alas tempat duduk tu totaly diy. sy ambil bantal lama yg sedia ada. beli kain 3meter, jahit. lepas tu jahit kain lace kat tepi. done! senang sangat.


Baju, tudung, veil
baju tunang saya beli. RM180.00. dekat butik al-mawaddah. warna hijau tu en tunang yang nak, sebab katanya dia dah ada bju melayu warna hijau. Dugaan sebenarnya tang cari baju ni, sebab saya dah tempah tudung + veil tak sama colour dengan baju. ada saya cite kat entri ini. last minit tukar tudung +veil warna cream.

tudung + veil saya beli online. ready stok punya. RM180


Make-up
sendiri makeup. simple je.

Goodies beg
ini idea akak saya. kononnya nak goodies beg bagai. untuk part ni saya bajet RM100 je. heee.. murah kan. tapi akak saya ada tambah duit dia jugak. TQ. paper beg saya beli dalam 60pcs sebab pihak en tunang nak datang lebih kurang 40 orang. untuk kawan-kawan lagi, nasib baik cukup.


Barang hantaran
Bab ni banyak jugak guna duit. lebih kurang rm700. saya sediakan 7hantaran iaitu Cincin, Baju Melayu, Kek, Tuala, Sejadah, Coklat, Buah-buahan. Dulang hantaran saya pinjam dengan keluarga abang ipar. nasib baik diorang ada. kalau tak maunya kene sewa. kalau sewa lebih kurang RM18-RM25 per pcs. pengsan!

Khemah
mula mula...memang nak sewa. harga sewa RM180 sehari untuk canopy yang biasa. lastly abg ipar  & sepupu kasi pinjam khemah dia. (khemah kecik yang dia guna tuk niaga kat pasar)



Jamuan Makan
bab ni saya serahkan 100% kat mak ayah saya. saya just bagi belanja rm1000 kat diorang. dengar-dengar tak cukup...heee. nasib baik akak saya bantu. tq yang.

Official Photographer & Outdoor
mulannya saya hanya mampu guna kamera hp. huhu...sedih kan. namun, nasib baik pihak en tunang sedia OP tak berbayar. untung kan. tq sayang. outdoor pulak...idea kawan saya. lepas majlis selesai kami terus pegi ber"outdoor".

Tetamu VVIP
ceh! tetamu vvip siap. pada hari tersebut tetamu VVIP saya adalah 2 orang bff saya, sanggup balik dr KL-kelate semata-mata tuk majlis saya. malam lepas majlis terus naik bas balik KL. sangat-sangat terharu. luv u sahabat

total semua lebih kurang 2k. walaupun ada part yang saya rasa membazir. namun alhamdulillah semua berjalan lancar. tu yang penting sekali kan.

sat nak tepek gambar.










ok...bai..



Monday, 19 May 2014

Bila rasa nak berhenti kerja..

salam

bila masalah mula mendatang, bila hati rasa tak senang, bila tekanan menguasai diri. satu je yang terpikir "BERHENTI KERJA". ikutkan hati nak je hantar surat resign. tapi bila fikir pasal hutang kereta, hutang PTPTN...kawin. terus koyak balik surat. seksa jadi kuli orang ni.

tak ada ke bos dalam dunia ni yang boleh memahami pekerja dia ye. asal kalau jadi bos je mesti nak mengarah itu ini sesedap hati dia. bukan nak kutuk-kutuk bos.. tapi cuma nak sangat bos paham kita.

saya di arahkan buat kerja yang bukan kerja saya. sakit hati sangat. rasa macam nak je bagi senarai tugas saya atas meja bos. lepaskan cakap kat bos " bos, sila semak senarai tugas saya dulu sebelum arahkan saya buat kerja". lepastu  buat note sikit tulis " untuk makluman sebarang kerja yang tidak berkaitan tidak akan di layan". mampu ker??? dah sah-sah la tak akan buat kan macam tu. kan?

so, apa yang perlu saya buat. berhenti kerja cari kerja lain? argghhhh....tapi bukan senang nak cari kerja lain...

ya allah...bantu la hamba mu ini...aku penat ya tuhan.



Thursday, 8 May 2014

hati-hati dengan pre-order secara online

salam

membeli barang secara online dah menjadi satu trend sekarang ni. boleh di katakan setiap bulan 2,3 barang saya beli online. selalunya baju/dress yang saya beli. setakat ini masih belum kena tipu lagi cuma kadang-kadang barang yang kita beli tak sehebat yg kita nampak. tapi semua tu normal la kan.

bulan lepas saya ada buat pre order shawl + veil dekat butik yang jual shawl + veil yang sangat-sangat terkenal. pernah masuk paper dah pun. rasanya tak perlu la kot saya mention kan. shawl + veil sangat lawa. saya rancang nak pakai untuk majlis pertuanangan saya. Disebabkan saya dah PM dekat agen si butik tersebut, maka saya terus saja order melalui agen tersebut.

kata agen tersebut saya perlu buat bayaran deposit rm100. dan tempahan saya akan siap selewatnya selama 1 bln. setelah berbincang si agen tersebut setuju untuk deposit rm50. Jadi pada 9/4/14 saya pun transfer rm50 ke akaun agen tersebut.


setelah bayaran di buat, si agen tersebut tak confrim balik warna shawl yg saya tempah. pada saya mungkin si agen tersebut telah catat awl-awl lagi ketika mula-mula saya tanya pasal stok shawl mereka. namun kerana risau sekiranya order saya tersilap, saya inbox agen itu lagi pasal warna order saya.


selepas sy confirmkan sendiri order saya si agen terus diam. saya fikir mungkin customer mereka sangat ramai. kemudian pada 24/4/2014 saya PM lagi si agen tanya order saya. namun katanya masih dalam proses.

kemudian disebabkan sedikit salah faham dengan antara pihak saya dan bakal tunang, (bakal tunang beli baju warna hijau pucuk pisang) maka saya terfikir untuk tukar order saya. pada saya mungkin order masih boleh tukar sebab tempoh masih ada lagi sebulan. dan sekiranya tak boleh tak apa la kan. sy boleh pakai untuk hari-hari biasa shja shawl tersebut.

namun apa yang mendukacita kan sy si agen tersebut tak reply pm saya. saya tanya dah siap ke tak berkali-kali dan saya tanya masih boleh tukar order ke tak. dia cuma balas "tak siap lagi". macam tu je. yes!! mcm tu je. sakit ati tau.

selepas itu saya mula la tergopoh gapah tanya semua online shop yang jual sama dengan si agen tersebut jual. namun hampa, satu pun tak ada jual warna macam saya nak. huhuhu.

setelah fikir punya fikir saya pm owner shawl tersebut dan adukan masalah saya dengan agen mereka. namun amat-amat memeranjatkan saya...agen tersebut TAK SUBMIT order saya pada HQ. bengang giler kot.












kemudian saya cari no hp agen tersebut. nasib baik jumpa. bila saya call cakap hq bagitau dia tak submit order dia cakap si owner tak tahu apa-apa sebab dia submit dekat admin. lepas saya tu pm lagi kat hq suh dia cek lagi...sama jugak cakap tak ada order saya.

lastly saya hantar mesej dekat agen tu. mintak CANCEL dan tolong pulangkan balik deposit saya. dia setuju cakap nak transfer balik. tapi dah 3 hari dah. saya tak terima pun lagi.

malas nak fikir-fikir lagi...saya redha je la. apa yang penting sekarang ni misi mencari "shawl + veil " kat luar.semoga bisnes mereka maju jaya.



Saturday, 1 March 2014

Rezeki dari Ashanimdress Lab


salam

beribu-ribu tahniah kat diri sendiri sebab first time menang giveaway contest. sapa tak kenal online shop ashanimdress lab kan. online shop yang best dengan baju yang lawa-lawa kan.

hari tu tertengok la contest ashanimdress lab ni kat ig diorang. sekali tengok syarat-syaratnya macam senang je. so, join je la. kebetulan memang ada gambar pakai baju yang saya beli dari butik diorang.


just follow, upload & hastag. sangat mudah kan. nak tahu gambar mane yang kita kasi. ni ha... satu-satunya koleksi ashanimdress lab yang kita ada. heee






gaya macam nak nanyi lagu nasyid je kan tang tangan tu. rindu pulak zaman duk asrama dulu. join kumpulan nasyid nanyi lagu ummi...ummi...

dan dengan gaya ala-ala penuh kesopanan gadis melayu...saya MENANG!! macam nak meloncat je mula-mula tengok post yang di hastag kat ig kita ni.



mujur la ejaan tu dibetulkan ballik. kalau tak tak merasa la. lepas tau menang, cepat-cepat hantar email kat ashanimdress lab.




tq ashanimdress lab. semoga bisnes awak terus maju. honestly berurusan dengan diorang memang best. terasa diri comel sebab diorang suka panggil customer "sis comel " macam tu.


dah dapat voucher rm50 mula la pening tak tahu nak beli yang mana. berpuluh-puluh kali pilih & cancel pastu pilih pulak, hahaha... sebab semuanya lawa lawa.

ok la...nanti kita update baju yang free tu.


assalamualaikum


Tuesday, 25 February 2014

Saya di sini!!!

salam

sangat lama saya tak berbelog kan? terasa amat janggal sekali untuk terus menaip. ini pun sign in sign out berkali-kali sebab rasa macam malu-malu jer. rasa macam first time pulak nak menulis kat sini. hari ni kiranya saya buat come back la ye.. hahaha






Nahhh! kasi gambar "hai hai" sekeping.  sebenarnya rasa macam bersalah jer...eh tak rasa macam rugi jer. kawan-kawan seperjuangan (kawan blog) dah hilang..dah lama tak say hai hai. Ini mungkin sebab saya punya perangai yang tak meneruskan silaturahim itu disebabkan menyepikan diri dari dunia blog. haa..gituuuu.

so...kepada awak- awak sori la ye kalau saya dah lama tak jenguk awak punya blog ye. insyaallah jika diberi kesempatan, tahun ni saya akan kembali berbelog. boleh???

Pada saat entri ni di taip..saya telah menjadi "blogger" selama 2tahun7bulan2minggu5hari ok. but now...uoullsss jangan tanya saya apa yang saya dapat selama tempoh tersebut. Adakah jadi kaya? terkenal? digilai? or macam-macam lagi. Sebab....gua tak dapat pun semua tu. semua tu bukan matlamat gua beb! gua buat blog untuk anak cucu cicit gua baca nanti. hahaha...kemain.

Dewasa ini...(ceh!!...mcm nak buat esei) saya tengok banyak sangat blog-blog baru. sampaikan tak tertengok pun dah tahu banyak. orang berblog ni macam-macam tujuan. nak dapat duit la, nak cari kawan, nak famous la dll(macam buat nota sejarah masa sekolah dulu). kalau yg nak kejar duit/ famous tu saya yakin sangat anda tak akan jumpa keseronakan anda atau kepuasan hati anda dalam dunia blog. Ingat tu beb!!!

sambung next time.....chauuu!!!

assalamualaikum...



Saturday, 23 November 2013

kembali berbisnes~KURUNG ZARA


Salam..

alhamdulillah...diberi ruang, peluang dan masa sekali lagi untuk berbisnes. kalau dulu kita jual Floral Mask. sekarang melangkah selangkah lagi. kita jual baju. hehe..sukoo!

jom tengok koleksi saya jual :-)


Warna: Biru Cantik
Harga : RM60 + Postage RM5
Size: SS-L




Warna: Pink Cantik
Harga : RM60 + Postage RM5
Size: SS-L




Warna: Merah Cantik
Harga : RM60 + Postage RM5
Size: SS-L




Warna: Kuning Cantik
Harga : RM60 + Postage RM5
Size: SS-L

sori tau, gambar tu tak ada model. bukan apa...cubaan pertama kan. insyaallah lepas ni gambar kasi gempak sikit. tapi apa-apa pun lawa tak koleksi kita yang PERTAMA ni?
 nanti boleh pakai pegi kenduri kawin. sekarang kan cuti sekolah banyak orang kawin. tak pun boleh sangat-sangat pakai untuk ke kelas tak pun ke office. gituuu...kan?

ok. untuk order boleh sms saya sendiri di no 0133617135. ataupun boleh like cantikblogspot dan PM saya kat situ. ada faham?

like & hepi shopping :-)




Wednesday, 25 September 2013

Ending Cinta Jannah yang agak mengecewakan

salam..

ceh! kemain nak komen. semalam rasa tak sabar nak tengok episod akhir Cinta Jannah. balik kerja terus tunggu depan tv. dah agak, memang ending mestilah best kan. mestila hero & heroin akan bahagia. sama macam drama akasia yang lain-lain kan espclly drama yang paling best "teduhan kasih".




tengok punya tengok.  habis macam tu jer. jalan cerita macam terlalu pantas. rasa macam tak puas hati la kan. patutnya Izaryl kena la cari Jannah. bukannya terus kawin & jadi pak sanggup. sepanjang diorang kawin, tak kan suami tak tahu kampung isteri kat mana. kan?

haritu kita bayangkan yang Izaryl akan pergi cari Jannah kat kampung. kan lelaki, kena la berjuang, berusaha. terangkan pada famili Jannah pasal hubungan mereka. baru la ayah Jannah yang bencikan Jannah selama ni tahu yang Jannah tu baik.

lagi satu, kalau tak silap kita, tunang kawan Izaryl kan kawan sekampung si Jannah. So, patutnya watak kawan Jannah tu boleh membantu semasa Izaryl cari Jannah. ini tak, watak tu macam tak ada fungsi lak.

apa-apa pun mungkin jalan cerita ni terlalu pantas. Jannah dilanggar & terus tinggal dengan bonda. tiba2 dah 9 tahun. patutnya masa kat hospital tu pun boleh pertemukan Izaryl & Jannah. 9 tahun tu kalau realiti lama kot.ramai sebenarnya peminat yang tak puas hati tau.


credit fb setia hujung nyawa




cerita ni sebenarnya best, pelakon pun best (kecuali opah & atuk). cume bab ending jer kena kasi gempak sikit. apa-apa pun ni just pandangan kita. orang lain kita tak tahu la kan.


ok la...babai...papai


Tuesday, 16 July 2013

Jadi Diri Sendiri


Assalamualaikum...

pernah tak awak-awak rasa bila tengok orang yang cantik, terdetik dalam hati "bestnya kalau jadi cantik macam dia". ramai orang suka ramai orang sayang. kalau tengok yang kaya pulak "bestnya kalau ada banyak duit macam dia". boleh buat apa saje. kan?

itu la pe'el (perangai ) saya. pantang tengok yang lawa, yang kaya, yang hebat. mesti teruja. mesti dalam hati "eh aku nak la jadi macam dia la". lepas tu, terus cuba, cuba dan cuba untuk jadi seperti dia. bila tak berhasil, mula la rasa teruk sesangat. "ala, kenapa aku tak boleh buat" tu la yang akan jadi.

lepas tu, mula la akan rasa hidup begitu sukar sekali. padahal kita hanya boleh jadi diri kita. hidup ni akan lebih mudah kalau saya pandang orang yang tak ada apa-apa, orang yang lebih teruk. So, dari situ akan timbulnya KESYUKURAN. kan?

tau kenapa saya tulis benda ni, bukan apa...sebab saya tengah rasa teruk la ni. sangat tak baik kan? patutnya saya bersyukur dengan apa yang saya ada.tapi kalau kita jadikan orang yang hebat itu sebagai inspirasi kita, rasanya tak salah kan?

moral of the stori...kalau awak berbuka nanti jangan la lebih-lebih & mengada-ngada sangat. makan la apa saje rezeki yang ada. kan? haha...boleh pulak kaitkan pasal makan. tau la lapar kan.

ok la...tu jer nak cakap. saje buat entri sebab kesian kat awk semua. rindu kan nak baca. kan?


eh..eh jap...lupa nak bagitahu...saya ada jual Floral Mask yang blogger Fatin Liyana  & Yuyu Zulaikha tu guna. kalau ada yang berminat boleh PM saya kat FB di bawah. Harga? jangan risau boleh runding dengan saya kalau nak murah. Ok! haha..sempat lagi promote.






like dan PM saya kat Fb di bawah Ok sayang :-)




babai....papai.....



Thursday, 11 July 2013

Floral Mask by Dian's

salam

kali nak share pasal produk yang tengah hangat dipasaran. sangat-sangat hebat pasal nama-nama besar pun guna produk ni.








#APA FUNGSI???


Mask ( peel off) yang berwarna 'purple' dengan haruman lavender merupakan satu - satunya dalam pasaran Malaysia

melindungi kulit dari pencemaran dan lembut tanpa menipiskan kulit
*EFFECTIVE UNTUK MENGHAPUSKAN bintik hitam & kekotoran yang degil

*MENGAWAL MASALAH KULIT muka berminyak !
*MENYAH TOKSIK PADA WAJAH yg jd punca jerawat
*SANGAT DI GALAK KAN UNTUK KULIT muka sensitif & berjerawat







 #CARA PENGUNAAN FLORAL MASK




#TESTIMONI PENGGUNA

Ainan Tasneem



Abang Blogger Terkenal-ben Ashaari

Bloger Cantik Yuyu Zulaikha


#MACAM MANE NAK ORDER??

~ok.kalau anda berminat boleh order di Fan Page Cantik Blogspot di bawah



ok...babai...papai





Sunday, 2 June 2013

Resepi : Kek Coklat Kukus ~Sedap

salam

kemain lagi tajuk nak gambarkan kesedapan kek coklat. dikesempatan ini saya nak kongsikan akan kejayaan saya membuat kek coklat. hebat kan? kan? rasa macam ala-ala chef kat hotel 5 star dah. haha. agaknya dah boleh kot bukak kedai kek. sendiri buat sendiri makan.


Firt time buat, agak kekok jugak sebab saya ni bukan biasa sangat cuba resipi baru. ni pun godek-godek dalam google, lepastu terjumpa la resepi kat blog. banyak sangat yang share resepi ni. lepas tu campur resepi-resepi tu semua. so jadi lah resepi sendiri. hehe



KEK COKLAT KUKUS
Bahan-bahan:
Bhn A
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula
Bhn B
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
Bhn C
3 biji telur - blend guna blender
Cara-cara:
  1. Campurkan kesemua bahan A dalam periuk. Panaskan sebentar atas api dan kacau hingga sebati
  2. Masukkan bahan B dan C ke dalam bahan A. Gaul sebati
  3. Panaskan kukusan hingga air mendidih
  4. Masukkan adunan ke dalam loyang atau bekas plastik tahan panas ikut citarasa anda.
  5. Kukus selama  1 jam. Pastikan penutup kukusan di bungkus dengan kain supaya air tidak menitik ke atas kek.
  6. Bila dah sejuk, boleh disiram coklat cair dan ditabur coklat urai.










amacam nampak sedap kan? memang la...sedap sangat walaupun nampak tak lawa kan. takpe. next time kita buat lagi lawa, letak coklat cair lebih sikit.

ok. Like FB saya kat bawah ye. babai...papai


Wednesday, 29 May 2013

Banyak Sangat

salam

tak tahu nak selesaikan yang mana dulu. Bila dihitung-hitung banyak jugak benda yang saya tak setelkan. hari tu..dah lama dah sebenarnya... kad atm cimb rosak, tak tahu la kenapa, merajuk agaknya sebab duit banyak sangat, haha. tak sempat-sempat lagi nak gi bank, nak betulkan kad tu. paham-paham ler, kalau duit terlampau banyak, cenggitu la, rosak pun rosak la.


lepas tu, nak buka akaun amanah saham kat pos malaysia, tak jugak buat-buat lagi. padahal tiap-tiap minggu gi pejabat pos. tapi adalah jugak usaha, pegi la amik borang, dah isi dah. submit je tak lagi. kononnya nak menabung la kat situ. tapi sen pun tak da. sob..sob...



lepas tu, i/c pulak rosak. herh! macam-macam hal. tak nak buat tak boleh pulak. sebab tu benda yang sangat penting kan. rupenya...eleh satu hari jer dah boleh siap.









jeng...jeng..jeng...lawa tak? lawa tak? hoi...jangan pandang lama-lama. malu i. nasib baik jugak la yang lama tu rosak, merasa la dapat yang baru, kalau tak, memang tak la kita sesaje nak pegi tukar ic tu.
bukan apa, kekadang urusan dengan gov ni leceh sikit. nak kena buat itu, buat ini. yela...dah prosedur memang macam gitu, tak boleh salahkan diorang kan. tapi itu la, sebab M A ma L AS las = malas punya pasal






korang!!!agak-agak gambar kat atas tu, layak tak kita apply jadi model. haha...perasan! tak cukup inci pun ada hati. tak la wei, bukan apa, tengok gambar tu nampak macam tinggi jer. hehhh...senyum. tak perlu kata apa-apa.

ok la...dah pukul 5, gua nak pulang.

sudikan la tekan like fb mak cik kat bawah ni ye. tak kena bayar pun. nak beli jer baru kena bayar.hihi

#yang dah buat payment semalam, saya dah pos ye.



Saturday, 18 May 2013

Mohamad Zamri Ramli

salam

petang-petang ni kalau rasa mengantuk, ni la ubat dia. buka blog. hihi. nak review pasal sorang pemain bola sepak TRW ni.

Zamri Ramli


tapi saya tak banyak sangat ikuti pasal pemain ni. lagipun dia ni tak ada terkenal sangat. tapi kadang-kadang tu saya suka jugak tengok dia main.


 BIODATA ZAMRI RAMLI

Full name Mohamad Zamri bin Ramli
Date of birth 23 November 1990 (age 22)
Place of birth Rantau Panjang, Kelantan, Malaysia
Height 1.68 m (5 ft 6 in)
Playing position Defender

Current club Kelantan
Number 14
 2007-2011 Kelantan President Cup Team


 *INFO dari wikipedia




cakap pasal si zamri ramli ni, saya ada satu cerita. disebabkan sekarang ni banyak sangat fake fb jadi saya memang keliru. ada satu kali tu, saya tegur la. tapi rasanya ni bukan Fb original Zamri Ramli




kalau nak baca pasal player hebat...klik sini

kalau nak baca pasal player kacak...klik sini

kalau nak baca pasal player hensem...klik sini


hohoho....tu jer nak share. jangan lupa like fan page saya dibawah.TQ



Safi Selamat & Suci

salam

minggu lepas, pencuci muka yang saya guna kat pejabat ni hilang. lupa letak agaknya. cari serata dalam beg tak jumpa-jumpa. lepas tu nak beli yang lain, tak beli-beli. so, bawak la yang kat rumah tu, habis kerja, bawak pulak balik rumah pulak. hurh!! menyusahkan. hari ni, kena jugak pegi beli.

lepas tu tengok ada iklan Pencuci Muka Safi yang baru...berasaskan buah Manggis. Eh! Comel la pulak. macam nak jer try.


Dah la warna purple. saje je kan nak buat saya jelous. Safi comel ni bertindak membersih tanpa mengeringkan kulit wajah biarpun digunakan beberapa kali sehari. Kaya dengan antioksida dan nutrien, penggunaan berterusan juga membantu mempercepatkan pencerahan kulit. Cubalah. Kulit pasti lebih halus, berseri dan bertambah cerah secara semula jadi.





kemain lagi iklan ni membuatkan saya rasa tak sabar-sabar nak guna.kalau awak-awak semua nak tahu lebih lanjut lagi sila la ke safi.com.my.


tak lupa jugak...jangan segan silu like fan page saya di bawah



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Angel and Memorial tickers