Wednesday, 25 September 2013

Ending Cinta Jannah yang agak mengecewakan

salam..

ceh! kemain nak komen. semalam rasa tak sabar nak tengok episod akhir Cinta Jannah. balik kerja terus tunggu depan tv. dah agak, memang ending mestilah best kan. mestila hero & heroin akan bahagia. sama macam drama akasia yang lain-lain kan espclly drama yang paling best "teduhan kasih".




tengok punya tengok.  habis macam tu jer. jalan cerita macam terlalu pantas. rasa macam tak puas hati la kan. patutnya Izaryl kena la cari Jannah. bukannya terus kawin & jadi pak sanggup. sepanjang diorang kawin, tak kan suami tak tahu kampung isteri kat mana. kan?

haritu kita bayangkan yang Izaryl akan pergi cari Jannah kat kampung. kan lelaki, kena la berjuang, berusaha. terangkan pada famili Jannah pasal hubungan mereka. baru la ayah Jannah yang bencikan Jannah selama ni tahu yang Jannah tu baik.

lagi satu, kalau tak silap kita, tunang kawan Izaryl kan kawan sekampung si Jannah. So, patutnya watak kawan Jannah tu boleh membantu semasa Izaryl cari Jannah. ini tak, watak tu macam tak ada fungsi lak.

apa-apa pun mungkin jalan cerita ni terlalu pantas. Jannah dilanggar & terus tinggal dengan bonda. tiba2 dah 9 tahun. patutnya masa kat hospital tu pun boleh pertemukan Izaryl & Jannah. 9 tahun tu kalau realiti lama kot.ramai sebenarnya peminat yang tak puas hati tau.


credit fb setia hujung nyawa




cerita ni sebenarnya best, pelakon pun best (kecuali opah & atuk). cume bab ending jer kena kasi gempak sikit. apa-apa pun ni just pandangan kita. orang lain kita tak tahu la kan.


ok la...babai...papai


4 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Angel and Memorial tickers