salam.....
Cara untuk mengenali lelaki romantik adalah mereka mempunyai ciri-ciri yang berikut :
1. Lelaki romantik suka menonton cerita-cerita yang bertemakan cinta.
2. Lelaki romantik mudah mengucapkan sayang kepada pasangannya.
3. Lelaki romantik akan memeluk isterinya lebih dari tujuh kali sehari.
4. Lelaki romantik sering memberikan kejutan kepada pasangannya seperti memberikan hadiah pada hari-hari bersejarah mereka berdua seperti pada hari kelahiran, ulangtahun perkahwinan dan sebagainya.
5. Lelaki romantik akan sentiasa ingat kepada pasangannya ketika mereka berjauhan dan akan membelikan sesuatu kepada pasangannya jika mereka pergi ketempat yang jauh.
6. Lelaki romantik akan memegang konsep lady’s first. Mereka akan mendahulukan pasangan dalam apa jua hal sebagai tanda menghargai dan menghormati pasangan.
7. Lelaki romantik sangat setia pada pasangan.
8. Lelaki romantik biasanya memanggil pasangannya dengan panggilan manja dan lembut.
9. Lelaki romantik akan mengajak pasangannya berbicara jika melihat wajah pasangannya tidak ceria.
10. Lelaki romantik biasanya ikhlas dalam memohon maaf sekiranya mereka melakukan kesalahan kepada pasangannya.
11. Lelaki romantik akan sedaya upaya tidak akan melakukan kesalahan kepada pasangannya kerana mereka tidak akan sanggup melihat pasangannya terluka dan bersedih.
12. Lelaki romantik tahu makanan kegemaran pasangannya dan akan memesan makanan untuk pasangannya setiap kali keluar makan.
13. Lelaki romantik akan membukakan pintu kereta untuk pasangannya.
14.Lelaki romantik adalah lelaki yang mengajak pasangan ke arah kebaikan dan menegur dengan baik pasangannya jika pasangannya melakukan kesalahan.
15.Lelaki romantik adalah lelaki yang tidak akan membiarkan pasangannya dalam kesusahan.
No comments:
Post a Comment