Saturday, 19 January 2013

cuti di ombak


salam...

cuaca hari ni kembali mendung, smalam hujan sebelah pagi, arini pun sama. ops..bukan nak buat entri laporan cuaca ye. 


walaupun cuaca tak menentu, sempat jugak saya berlepak-lepak kat sini. ombak macam ni sorang pun tak ada yang berani nak mandi. tapi orang tetap ramai, mungkin sebab boring tak tahu nak kemana di hari cuti. selalunya famili la. bawak anak-anak jalan-jalan..makan-makan..best kan?



tapi apa yang tak bestnya kat sini, sampah...merata-rata..ntah la. macam tak ada orang nak jaga kebersihan tempat ni. patutnya tempat tumpuan macam ni kena la ada kemudahan yang sepatutnya. tapi banyak juga kerosakan yg disebabkan banjir hari tu.
kita yang datang untuk tenangkan fikiran pun jadi macam makin serabut. ni semua salah kita. kalau kita jaga sikap kita, mungkin benda-benda macam ni tak berlaku. kan?


 tapi suasana yang sejuk ditemani pisang goreng panas bersaksikan ombak rindu, memang best sangat. sampaikan terlupa nak ada game bola kegemaran kita. Kelantan vs Felda. Patut la masa dalam perjalanan balik,kita  tengok setiap kedai makan ramai orang. rupanya depa tengah layan bola.
hmmm...yang xbestnya. seri :( adik kita pulak kemain nak singgah kat kedai nak join tengok bola. tapi ssegan pulak sebab ramai sangat jejaki... last-last terus balik umah je.


 
adik



ok...babai ombak...next week jumpa lagi....

 babai...papai.....




Thursday, 17 January 2013

Dalam kenangan

salam


entri ketinggalan:)
tahun 2012 dah berlalu berhari-hari, tapi saya baru nak buat entri tahun baru. 2012 banyak sangat kenangan. awal tahun lalu sekitar januari dan Feb saya berusaha nak buat pinjaman kereta. masih ingat lagi susah payah buat loan sana sini, biasa la kerja swasta kan. bank pulak banyak songeh. tapi berkat usaha, Allah permudahkan jalan, lastly bulan April lulus jugak. alhamdulillah...dapat jugak merasa punya kereta sendiri walaupun kereta kecik jer dan alhamdulillah dapat bayar bulan-bulan tanpa masalah.



MEi-family saya sibuk sangat nak buat persiapan perkahwinan kakak saya. waktu tu punya la bnyak benda yang kami perlu buat. almaklumlah family saya jarang buat kenduri, kiranya ini kali ke 2 nak buat kenduri besar-besaran. tapi apa yang seronoknya pada bulan mei ini, saya ditakdirkan bertemu dengan seorang lelaki yang kini dah jadi orang yang sangat-sangat penting dalam hidup saya. sangat tak sangka perkenalan yang tak disengajakan boleh sampai ketahap yang saya tak jangka.





sekitar julai, ogos, sept & oktober banyak sangat panggilan interview govermnt yang saya dapat. tapi sayang seribu kali sayang satu pun saya tak berjaya. sob...sob.. saya sangat kecewa. tapi apa yang saya mampu fikirkan mungkin semua itu bukan rezeki saya. kita hanya mampu berusaha dan meminta bantuan, selebihnya hanya Dia yang berkuasa. saya redha. Namun apa-apa pun saya harap, tahun ini masih ada peluang buat saya.



hok aloh...lupa saya tengah keja la....

sambung lain kali...


babai........


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Angel and Memorial tickers