Thursday, 13 December 2012

Rutin Harian



Salam

bangun pagi dan buat apa yang patut, siap-siapkan diri, pegi dapur, breakfast ala kadar, amik kunci keta, panaskan enjin, vrommmmmmm….terus pegi keje. Ops lupa…singgah umah Dila, amik dia terus gerak.

muka boring


Sampai ofis, tengok keta staf lain dah ada. Alamak…saya lambat lagi la ni kan. Tak pe bukan lewat sangat pun. Biase la kan. Masuk bilik on laptop, bukak fb. Ceh! Semangat! Ala..yang lain pun sama, duk mengadap paper pagi2. Saya bukak Fb bukan apa, just tengok new jer. Bukan tagging, posting apa pun.

And then, teruskan buat keje apa yang patut, selesaikan apa yang perlu, yang penting buat payment. Ha..tu la keje saya hari-hari.buat payment..buat payment..update transaksi, rekod transaksi, dan lain-lain hal.

Masuk tengahari perut rasa lapar sangat…hmmm..nak makan apa ya. Tapi Alhamdulillah, hari ni bos punya sepupu belanja. Wah…terima kasih ye sangat-sangat.

lunch dengan pizza


Kenyang…rase mengantuk lak. Kalau la boleh tido kan best. Krohhhhhhhh…krohhhhhh. Tapi gua masih ada keje la beb. Kena pegi selesaikan urusan kat bank. Ye..tu pun keje saya hari-hari.adoi…sabor je la.

Balik bank, masuk ofis, smbung keje balik. Sedar tak sedar pukul 5.30ptg, loceng berbunyi. eh tak, tak ada loceng pun. So, boleh balik. Itu time beruntung, tapi lau tak bernasib baik pukul 7 la saya balik.
Huhuu…terharu sangat


 p/s: macam tu la hari-hari....


ok...babai...papai





Monday, 5 November 2012

simpati kepada sahabat saya


salam november

lagi sebulan lebih dah nak masuk tahun baru
saya agak kecewa sebab temuduga yang saya
jalani tak berjaya
dah banyak kali gagal
tapi saya anggap semua ni sebab bukan rezeki saya
saya dah berusaha semampu yang mungkin tapi 
segala-galanya tuhan yang tentukan
 
jadi saya masih disini
berkhidmat di sini
habis cuti hari raya aidiladha lepas
sahabat saya diberhentikan kerja
kesian sangat dah la die ada anak yang perlu ditanggung
tiba-tiba jer bos berhentikan dia
3 tahun dia berkhidmat tak menjanjikan apa-apa
malah die di buang begitu sahaja
 
abis macam mana dengan saya bos?
sungguh...kadang-kadang saya risau gak
mane la tau lepas ni saya pulak yang akan diberhentikan
almaklumlah
bukan senang nak dapatkan kerja sekarang
 
bila difikir-fikir macam tak patut la dia diperlakukan begitu
diminta sign surat berhenti tanpa apa-apa notis
 
 
 
yang berkuasa tetap berkuasa
dan 
yang lemah pasti akan rebah
 
 
ya tuhan permudahkan aku dalam mencari rezeki mu
 
p/s: sangat berharap untuk berkhidmat untuk kerajaan
 
 
 
babai
 
 
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Angel and Memorial tickers