salam
31/5/2014 menjadi tarikh yang amat bermakna dalam hidup saya. menjadi tunangan orang pada usia 25tahun. tanpa di sangka sebenarnya. 2tahun berkenalan...akhirnya impian kami bakal terlaksana.hujung bulan mac tarih ditetapkan, jadi saya ada masa lebih kurang 2bln untuk buat persiapan. tapi yang kelam kabutnya 3minggu sebelum majlis baru saya tergesa-gesa. heeee....review ni pun sy buat tuk rujukan mane-mana bakal tunangan orang.baik kan saya.
Mini Pelamin
benda yang pertama sekali terlintas kat pikiran. mula-mula nak tempah kat bridal, tapi mak aii mahal giler. kalau tak da rm500-rm700 jangan bermimpi la. keluarga semua cakap tak berbaloi. lastly saya sewa kain & bunga. yang lain-lain DIY ler.
Bantal Pelamin
bantal warna hijau tu saya beli. harga lebih kurang rm12.00 satu. alas tempat duduk tu totaly diy. sy ambil bantal lama yg sedia ada. beli kain 3meter, jahit. lepas tu jahit kain lace kat tepi. done! senang sangat.
Baju, tudung, veil
baju tunang saya beli. RM180.00. dekat butik al-mawaddah. warna hijau tu en tunang yang nak, sebab katanya dia dah ada bju melayu warna hijau. Dugaan sebenarnya tang cari baju ni, sebab saya dah tempah tudung + veil tak sama colour dengan baju. ada saya cite kat entri
ini. last minit tukar tudung +veil warna cream.
tudung + veil saya beli online. ready stok punya. RM180
Make-up
sendiri makeup. simple je.
Goodies beg
ini idea akak saya. kononnya nak goodies beg bagai. untuk part ni saya bajet RM100 je. heee.. murah kan. tapi akak saya ada tambah duit dia jugak. TQ. paper beg saya beli dalam 60pcs sebab pihak en tunang nak datang lebih kurang 40 orang. untuk kawan-kawan lagi, nasib baik cukup.
Barang hantaran
Bab ni banyak jugak guna duit. lebih kurang rm700. saya sediakan 7hantaran iaitu Cincin, Baju Melayu, Kek, Tuala, Sejadah, Coklat, Buah-buahan. Dulang hantaran saya pinjam dengan keluarga abang ipar. nasib baik diorang ada. kalau tak maunya kene sewa. kalau sewa lebih kurang RM18-RM25 per pcs. pengsan!
Khemah
mula mula...memang nak sewa. harga sewa RM180 sehari untuk canopy yang biasa. lastly abg ipar & sepupu kasi pinjam khemah dia. (khemah kecik yang dia guna tuk niaga kat pasar)
Jamuan Makan
bab ni saya serahkan 100% kat mak ayah saya. saya just bagi belanja rm1000 kat diorang. dengar-dengar tak cukup...heee. nasib baik akak saya bantu. tq yang.
Official Photographer & Outdoor
mulannya saya hanya mampu guna kamera hp. huhu...sedih kan. namun, nasib baik pihak en tunang sedia OP tak berbayar. untung kan. tq sayang. outdoor pulak...idea kawan saya. lepas majlis selesai kami terus pegi ber"outdoor".
Tetamu VVIP
ceh! tetamu vvip siap. pada hari tersebut tetamu VVIP saya adalah 2 orang bff saya, sanggup balik dr KL-kelate semata-mata tuk majlis saya. malam lepas majlis terus naik bas balik KL. sangat-sangat terharu. luv u sahabat
total semua lebih kurang 2k. walaupun ada part yang saya rasa membazir. namun alhamdulillah semua berjalan lancar. tu yang penting sekali kan.
sat nak tepek gambar.
ok...bai..